“Pernah Terfikir Tak Mungkin Intan Nak Lelaki 21 Tahun Macam Saya”

Perbezaan usia 17 tahun tidak menghalang Harris Alif dan Intan Ladyana untuk menjalin hubungan cinta. Harris mengakui dia sukar menjelaskan perasaannya terhadap kekasihnya. Namun, Harris menyifatkan Intan memiliki daya tarikan istimewa.

Menafikan dakwaan mahu kenal rapat dengan Intan kerana dia merupakan pelakon dikenali, Harris berkata sifat peribadi wanita itu memikat hatinya. Menurut, Harris dia tidak melihat soal perbezaan usia sebagai satu tekanan besar.

“Saya nak kenal rapat dengan Intan bukan sebab dia pelakon dikenali. Ada sesuatu yang unik dalam dirinya. Apabila kenal hati budi, saya melihatnya satu dalam 1,000.

“Ada mempertikaikan kenapa saya memilih wanita berusia sedangkan ramai gadis muda. Bukan soal usia menjadi ukuran, ia lebih kepada keselesaan apabila saya bersama seseorang.

“Begitu juga, akan timbul cakap-cakap belakang dan skeptikal hubungan antara muda dan tua, tidak akan ke mana. Terserahlah, saya tak mampu nak tutup mulut manusia,” katanya kepada BH Online.

Mula mengenali sejak 10 tahun lalu kerana bekerja dalam bidang yang sama, Harris berkata dia dan Intan mula rapat sejak awal tahun ini. Setelah sekian lama tidak berjumpa, mereka kali pertama bertegur sapa ketika bersama-sama menjayakan sebuah program.

“Saya mahu mengenalinya dengan lebih jauh lagi. Kami kenal hanya sebagai rakan seperjuangan, selama ini. Kami saling mengikuti IG sejak 10 tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2nd raya wit 🤍

A post shared by @ harrisalif on

“Diakui, tak pernah timbul apa-apa perasaan. Secara kebetulan, kami terbabit menjayakan Jom Heboh di Johor Bahru selepas sekian lama tak berjumpa,” katanya.

Berkongsikan detik perkenalan mereka, Harris berkata dia menghantar mesej langsung (DM) kepada Intan di IG, awal tahun ini. Ujarnya, tindakan spontan menghantar DM berlaku tanpa diduga.

“Tak timbul soal saya memendam perasaan atau menyukainya secara senyap. Ia berlaku di luar sedar. Saya sendiri pernah terfikir tidak mungkin Intan mahu melayan lelaki berusia 21 tahun macam saya.

“Bagaimanapun, tanpa disangka, perjalanan hubungan kami berjalan lancar, malah Intan menilai saya seorang yang matang daripada usia,” katanya.

Dalam pada itu, Harris berkata dia serius dengan Intan bagaimanapun mereka belum berbincang mengenai soal perkahwinan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya