Faezah Elai Kena ‘Sp4m’ Mesej Daripada Netizen Di Instagram Selepas…

Pelakon Faezah Elai mendedahkan bahawa dirinya menerima banyak mesej pesanan peribadi di Instagram daripada netizen selepas pengumuman kebenaran merentas negeri dibuats.

Menurut Faezah, dia tidak menyangka, luahan-luahan yang sering ditulis di media sosial mengenai hasratnya yang rinduk4n kampung halaman sebelum ini menjadi perhatian warganet.

“Semalam (kelmarin) kan masa Abah PM beritahu boleh merentas negeri, habis sahaja Abah umum, DM saya dan gambar-gambar saya penuh pengikut saya spam.

“Mereka beritahu ‘kak, dah boleh balik penang!’. Ada yang kata ‘Kak bila PM kata boleh merentas negeri, terus ingat kak’. Hahaha. memang semua orang tahu ke saya dok kemaruk nak balik Penang ni, siap ada yang hantar gambar durian,” ceritanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam posting tersebut, Faezah turut berkongsi beberapa paparan mesej yang diterima daripada pengikutnya.

Biarpun begitu, menurut Faezah dia terharu dengan para pengikutnya yang cukup peka dan prihatin dengan dirinya selama ini.

“Terima kasihlah kalian semua sebab prihatin, siap beritahu berjemaah dah boleh merentas negeri.  Saya terharu…ingat juga anda semua kat saya mami Penang ni ya.. sayang sangat anda semua. Tu nampak saya dah senyum sampai telinga,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semlm kan masa Abah PM habaq boleh merentas negeri,habih ja Abah announce DM cheq and gambaq2 cheq penoh followers cheq spam depa habaq “Kak dh boleh balik penang!” Ada yg kata “Kak bila pm kata boleh merentas negeri teroih ingat kak” Hahahahaha 🤣😂 mmg semua org tau ka cheq dok kemaruk nk balik Penang nih.. siap ada yg hantaq gambaq derian.. Terima kasih lah ampa semua sbb concern siap habaq berjemaah dh boleh merentas negeri.. Cheq terharu.. ingat jugak ampa semua kt cheq mami penang ni na.. Lap uollss very the much ok.. muaaxx!! 😘 Tu nampak cheq dok qerneh sampai telinga.. 😁 . #taksabaqnakbalikpenang #thankyoumyfollowers #nakmakandurianbalikpulau #faezahelai #penangites #feelingblessed #alhamdulillah #kitajagakita #lovelovelove

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Terdahulu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Faezah banyak meluahkan rasa sayu dan sed1h apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang panjang.

Bahkan, hasratnya untuk pulang menyambut raya di kampung halaman tidak kesampaian apabila kerajaan tidak membenarkan pergerakan merentas negeri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hallo Abah PM? Boleh dak kami nk balik raya penang? Masa PKP kami semua tk keluaq rumah,pagaq rumah pon tk sampai lg.. so alhamdulillah lah kami semua bebas covid.. Bukan apa lani kt penang musim Derian.. jarang woo time raya jatuh musim derian.. musim derian setahun sekali ja.. klu boleh nanti sy belanja musang king 😁 Boleh dak? . Lagi satu bukan apa,adik sy @suzzannaelai dia dh order kuih kapit 10 balang kt penang,klu tk balik membazir.. sesungguhnya membazir tu kan amalan syaitonn.. Boleh dak?? AisehmennnnnTk boleh jugak??!! (Berlari lari menuju bucu katil sambil menangis ayaq mata darah 😭😭 🤧🤧) . My Mom : Hg pasai apa yg gatai sgt nk balik penang? Aku dok tang ni.. hg nk jumpa sapa yg kalut nk balik? . Me : Dak aihh.. tgk mak mentua.. . My mom : Mak mentua hg dok kulim bukan penang!! Hg tk payah dok buat akai!! . When ur mom don’t understand about Raya memories.. nk balikkkk rayaa wehhh!! . P/s : relax2 melawak ja.. ampa tk payah dok buat terok.. . Yg tk boleh balik raya mcm hakak jom lah ber huhu beramai ramai.. 😭😭 . #ceritanakbalikraya #nakbalikrayawoi #penangites #hakakredho #faezahelai

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Bagaimanapun, pada Ahad lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kelonggaran kepada rakyat untuk merentas sempadan negeri untuk pulang bertemu ahli keluarga yang lama terpisah.

Saksikan drama lakonan Faezah Elai di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak