IG, FB Linda dig0dam

KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih menyedihkan penyanyi dan pelakon, Linda Rafar apabila akaun Instagram (IG) dan Facebook (FB) dig0dam pada 4 Jun lalu.

Bukan sahaja berdepan kerugian bersama produk yang menjalinkan kerjasama selaku duta, malah paling menyedihkan gambar dan video momen bersama arw4h anak, allahy4rh4m Rezaimen Keiflin atau Memen serta arw4h ibunya tidak dapat diselamatkan.

“Gambar dan video kenangan bersama arw4h Memen dan ibu yang tinggal dalam simpanan telefon bimbit saya tidak banyak. Apabila IG dig0dam, semuanya hilang sekelip mata.

“Bayangkan, e-mel rasmi yang diguna untuk kerja dan akses media sejak 2012 pun sudah tiada apabila turut dig0dam,” katanya kepada BH Online.

Linda Rafar sed1h gambar dan video kenangan bersama arw4h anak, Rezaimen Keiflin hilang selepas Instagram dan Facebook dig0dam.

Linda berkata, dia menyedari akaun IG @lindarafar dig0dam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab pada pagi 4 Jun lalu.

“Akaun IG saya sudah bertukar nama, ketika itu. Apabila memeriksa e-mel, pun sama.

“Bukan hanya IG, akaun FB pun dig0dam sekali. Saya percaya orang yang sama bertanggungjawab melakukannya.

“Saya juga mensy4ki pengg0dam beroperasi di Malaysia atas alasan ketika pengesahan e-mel dilakukan, kod yang diserahkan pun kepada pemegang nombor telefon tempatan,” katanya hiba.

Linda berkata, dia sudah membuat laporan p0lis, selain aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online