“Kita Ada Mufti dan Peringkat Fatwa, Tapi Buat Masa Ini Tolonglah…” – Isu PUBG Sembah Berhala, Ustaz Don Akhirnya Bersuara! 

Baru-baru ini kecoh di media sosial berkaitan permainan PUBG Mobile yang dikatakan mempunyai unsur sy1rik dan bertentangan dengan agama islam.

Semua gara-gara babak yang membolehkan pemain menyembah patung dengan tujuan mendapatkan senj4ta. 

Perkara itu sekali gus mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan pemain khususnya yang beragama Islam.

Bimbang sekiranya perkara ini menjadi bertambah serius, pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal tampil memberi sedikit penjelasan.

Penerangan mengenai isu sembah berhala itu dilontarkan menerusi video yang dimuat naik menerusi laman Youtube. 

Menurut Ustaz Don, ketika ini orang ramai tidak dinasihatkan untuk bercakap tentang perkara yang mereka sendiri tidak pasti.

“Nak bercakap semua orang boleh bercakap tapi di Malaysia kita ada pihak berkuasa yang lebih arif mengeluarkan fatwa.

“Biar mufti dan peringkat fatwa mengeluarkan fatwa sebelum kita bercakap,” katanya.

Tambahnya, ketika ini juga orang ramai dinasihatkan supaya ‘pause’ atau berhenti seketika untuk sebelum lakukan penyemb4han berh4la tersebut selagi belum ada fatwa rasmi dikeluarkan.

“Relaks cool down. Bagi mereka yang boleh bermain tanpa mod berhala tu, teruskan. Tiada masalah. 

“Tapi bagi mereka yang bergantung pada patung untuk dapatkan senjata, berhentilah main seketika.  

“Islam daripada awal lagi, pasti ada golongan yang cuba jauhkan prinsip dan agama kita,” katanya. 

Untuk rekod, syarikat mengeluarkan pemainan PUBG iaitu Tencent telah pun menyatakan permohonan maaf dan mengh4puskan ciri penyembahan dari mod berkenaan.

“Kami memohon maaf kerana beberapa ciri dalam permainan ini telah menyinggung perasaan beberapa pemain kami.

“Kami menghorm4ti nilai, tradisi dan kepercayaan pemain kami dan menyesali rasa tersinggung dan kemarahan yang kami timbulkan. 

“Kami telah membuang amalan yang tidak sesuai itu dan memadankan visual yang berkaitan.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak