Bintang filem Ada Apa Dengan Dosa, Adam Corrie Lee mengakui cuba berpegang teguh pada prinsip tidak bers3ntuhan dengan pelakon wanita yang bukan mahr4mnya.
Jelas Adam, sejak lima tahun lalu dia seboleh-bolehnya mengelak daripada bers3ntuhan tanpa berlapik dengan wanita lain dan berbincang dengan pengara seandainya ada babak-babak romantis.
“Saya cuba untuk tidak bers3ntuhan dengan wanita lain ketika berlakon, elak seboleh-bolehnya.
“Bagi saya ada banyak cara untuk meluahkan perasaan dan menjayakan watak itu dengan emosi 150 peratus.
“Cuma kadang-kadang ada masanya tak dapat elak tetapi kita akan cuba berbincang dengan pengarah untuk mengubahsuai caranya supaya tiada bers3ntuhan,” katanya kepada Gempak.
Tindakan Adam itu ekoran kec4man yang diterima selepas memeluk agama Islam.
“Terlalu ramai yang kec4m saya selepas masuk Islam, kata mereka itu tak boleh ini tak boleh jadi saya cuba mengikuti panduan itu.
“Kalau boleh macam-macam saya cuba elak tetapi apakan daya saya cuma manusia yang banyak melakukan d0sa, tiada ilmu dan kekuatan.
“Apapun, pendekatan saya cuba melakukan yang terbaik untuk tidak bers3ntuhan terlebih dahulu dengan bukan mahr4m,” tambahnya.
Prinsip itu dipraktikkan Adam dalam filem terbaharunya Ada Apa Dengan Dosa ketika bergandingan dengan Fasha Sandha.
Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu identiti sebenarnya dari keluarga beragama Islam.
Lebih mengejutkan apabila Aurora adalah seorang anak lu4r nik4h hasil daripada keterl4njuran perbuatan seorang pendakwah dan ibu kandungnya.
Kesannya, Aurora hampir membvnuh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khaliq (PU Riz).
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak