“Jangan Tunjuk Diri Ni Bod0h Ya…” – Tiz Zaqyah

Pelakon Tiz Zaqyah, 32, mengingatkan kepada semua orang supaya menjaga kebersihan pantai ketika melancong ke sana.

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan orang ramai melakukan aktiviti pelancongan domestik negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat-kuasa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lega nya dapat potong rambut! Thank you @ridzokumura 🤍

A post shared by 𝗧𝗜𝗭 𝗭𝗔𝗤𝗬𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞 (@tiz.zaqyah) on

Menurut Tiz, seharusnya sikap menjaga kebersihan itu perlu dipraktikkan tidak kira di mana berada.

“Yang seronok nak ke pantai bagai, tolonglah jaga kebersihan tu. Sampah jangan buang merata. Nampak sampah tepi pantai tu tolong la kutip. 

“Ajar anak beranak hormat kebersihan kat kisahlah kat mana mana. Jangan jadi bangsa tak peduli. Jangan tunjuk diri ni bod0h ya. Ini umum,” tulisnya di laman Twitter miliknya.

Tambah pemilik nama Siti Zaqyah Abdul Razak mendedahkan kunjungan terakhir dirinya ke Tasik Dayang Bunti1ng, Pulau Langkawi sangat menakutkan keadaan persekitarannya.

“Seram tengok Tasik Dayang Bunt1ing kali terakhir saya berada di sana. Saya pasti sekarang bersih sangat sebab tak ada lawatan beribu-ribu manusia dah. Tengok lah berapa lama akan bertahan.

“Akhir sekali. Bersikap baik antara satu sama lain dan  kekal selamat,” tulisnya lagi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak