PELAKON Fizo Omar, 35, akui dia masih belum ada pengganti calon isteri baru dan tak terfikir ke arah perkahwinan, tetapi tidak menolak jodoh.
Pun begitu, baru-baru ini kecoh Fizo dikaitkan dengan pelakon Azar Azmi yang pernah berlakon dengannya dalam drama Maaf Tak Indah memandangkan wanita berkenaan pun sudah putus tunang.
Fizo yang dihubungi dan ditanya sekiranya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga, memaklumkan dia tidak menolak andai kata ada jodoh lagi buatnya.
“Namun, buat masa sekarang, belum ada pengganti dan saya pun tak terfikir ke arah itu (berkahwin). Tapi, saya sentiasa bersedia dan bila-bila masa saja, kalau jodoh sudah sampai, saya tidak menolak.
“Usia saya pun dah masuk 35 tahun. Jadi, kalau ada jodoh, saya nak percepatkan dan jika boleh, biarlah orang itu memahami kerja dan sentiasa menyokong saya,” katanya kepada Harian Metro.
Sehubungan itu, Fizo juga tidak menolak gosip yang mengaitkannya dengan Azar.
“Ramai yang kaitkan kami dan mengusik. Apa yang boleh saya kata, kami memang berkawan rapat dan dia adalah kawan yang baik. Saya pernah gagal dalam perkahwinan dan dia pun pernah putus tunang.
“Jadi, kami tak pernah berbincang mengenai hubungan cinta buat masa sekarang. Jika ada jodoh, saya terima. Kadang-kadang, tak perlu bercinta bagai nak rak pun, tapi kalau jodohnya kuat, menjadi juga” katanya.
Terbaru Fizo Omar berkongsi Foto bersama Azar Azmi tarik perhatian ramai
Welcome to the club mek ja @azarazmi dah officially join geng selut..
Respect r, 1st time bawa motocross n terus sampai ke Kerling more than 100km trail offroad!
Korang nak tahu tak berapa kali dia makan selut…hahhhhaha..
Azar azmi is officially BARAI!!!! Hahahhahaha.
Keluar je trail tadi terus nak ajak g kedai nak beli @sherco_racing_factory .
Esok kita g @ftwracing g usha model 2020 dah sampai tu…#braap
KOMEN NETIZEN :
ak tengok mekja makan selut… nanti abe joe post dehh
Wowww tag kat hatiii. Gosip apa kh ini😭
Tag nama azar kat hati siaaa 😂😂😂
Mmg salute arr tgk mekjaa join motocross…cpt nau pick up bnde bru ❤️👍truskn okay kak @azarazmi nnti blh join race motocross plk😂😂 kan abe @fizoomar 😂😂
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Instagram Fizo Omar