“Kalau Saya Nak Tunjuk & Buka A1b Orang Lain …” – Nourul Depp Tampil Pertahankan Diri Selepas Terima Kec4man Isu Di Lapangan Terbang

Penyanyi Nourul Depp, 43, menyatakan ramai orang yang mengalami pengalaman sama saperti dirinya dan suami, Eric Daniel Depp selepas video luahan kek3cew4an terhadap seorang petugas keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikongsikan kepada umum.

Menurut Nourul, dia tidak berniat untuk membuka a1b anggota tersebut tetapi hanya dengan niat menegur.

“Apa yang berlaku Sabtu lepas, saya tak sangka ramai sangat rakyat Malaysia dan orang luar yang mengalami pengalaman sama macam saya. Ini bukan kali pertama berlaku terhadap saya dan suami.

“Video itu dibuat atas satu situasi di mana saya dan suami agak beremosi ketika itu dengan ibu bapa nak balik tetapi bukanlah yang negatif cuma sed1h terpaksa berp1sah selepas lama duduk bersama.

“Kami faham dengan banyak sangat undang-undang yang digariskan untuk kita menjaga diri supaya w4b4k c0v1d-19 tidak terus mereb4k.

“Kalau saya nak tunjuk dan buka a1b orang lain, saya sebut nama siapa orang tu. Tapi saya takmau sebut biar orang atasan dia uruskan, buat apa nak cakap kat umum.

“Saya rakam video dengan niat menegur. Sebagai seorang penyanyi, saya juga dalam bidang perkhidmatan jadi saya faham.

“Saya faham mereka mungkin tak ada masa berehat dan emosi pun terg4nggu,” katanya menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG)nya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Especially to @malaysiaairports na. . Bukan kerana undang2. Bukan kerana mahu layanan VIP yang seperti didakwa oleh sesetengah pihak termasuk beberapa kakitangan PB. . SILA DENGAR DAN TONTON DENGAN MATA KEPALA YANG TENANG DAN FAHAMKAN SITUASI DAN APA YANG MAHU DISAMPAIKAN . If you judge me, you are not my followers. Eh tercakap omputih pulak dah. Sat lagi tak faham pulak. Dok caakap bahasa melayu pun tak faham. Kot french depa faham kot no…

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Tegas pelantun lagu Kerana Terlvk4, seharusnya sikap sopan santun dan berbuat baik perlu dipraktikkan dengan semua orang bukan darjat yang menjadi ukuran. 

“Yang membezakan kita adalah sikap, kesopanan dan bagaimana kita hadapi situasi tersebut. Orang yang tak boleh ditegur ini adalah orang yang tertutup fikirannya.

“Yang silapnya pemikiran orang ramai ni adalah kesopanan tu hanya untuk orang berada, bukan untuk orang tak berada. Salah tu.

“Kita perlu bersopan dan berbuat baik dengan semua orang, bukan hanya VIP mahupun selebriti. Saya tak cakap semua anggota keselamatan tak okey, ramai yang baik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab berpesan agar memahami terlebih dahulu mesej yang disampaikan sebelum men1ngg4lkan komen-komen yang kesat.

“Peminat saya yang tahu per4ngai saya, tahu siapa saya dan apa yang saya selalu sampaikan di media sosial.

“Yang tak suka tu tak perlu datang kalau dah tak suka, ambil tahu pun buat apa. Kalau tak faham, tak perlu komen. Fahamkan dulu,” kata Nourul.

Terdahulu, Nourul kesal dan terkejvt dengan tindakan salah seorang petugas keselamatan di KLIA yang meninggikan suara terhadapnya. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak