Tiga Kali Mawar Rashid Buat Pemeriksaan Baru Tau H4mil, “Dah Besar Pun Baby, Saya Yang Tak Perasan …”

Aktres Mawar Rashid, 25, menyatakan pada awalnya dia tidak menyedari sedang berbadan dua walaupun tidak datang bulan.

Kata Mawar, dia mengetahui tentang keh4milan ini selepas dia dan suami bertemu dengan pakar Ginekologi (Gynaecology) pada minggu lepas.

“Saya dapat tahu tengah berbadan dua ni masa minggu lepas. Mula-mula saya ingatkan period tak datang disebabkan hormon. Lepastu saya pergi buat pemeriksaan, keputusan dia negatif. Saya buat juga ujian keh4milan (pregnancy test) masih sama juga.

“Jadi saya anggap tak h4mil. Dalam masa yang sama, saya risau memikirkan kenapa period saya tak datang. Dengan asyik rasa nak munt4h ja selama dua minggu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah.. Syukur.. doakan 2nd baby Mawar membesar dengan sempurna dan selamat.. . . Doakan Mawar jugak tau.. kalini alahan teruk sikit.. tu yang slow sikit online.. ramai request buat barbie challenge, tapi x larat.. sorry gais.. bnyk lagi nak buat challenge2 lain dan kerja lain2.. tapi semua tergendala.. doakan mekwa alahan cepat clear tauuu.. loya teruk kali ni 😣 . . @mawarosehq

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

“Lepastu suami ajak berjumpa dengan gynae sebab risau hormon saya bermasalah. Dekat situ la saya tau tengah h4mil. Dah besar pun baby, saya yang tak perasan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pelakon drama TQ Captain berkata proses keh4milan kali kedua ini sangat berbeza dengan anak pertamanya iaitu Raden Muhammad Rafael.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid sentiasa berasa mu4l dan hanya makan makanan yang tertentu dalam kuantiti yang sedikit.

“Masa keh4milan pertama tak macam ni, yang kedua ini benar-benar bertentangan.

“Bila alahan ni dia boleh ja makan cuma memilih sikit. Makan benda yang rasa nak makan ja. Kalau makan pun dalam kuantiti yang sikit.

“Dia rasa nak munt4h ja itu yang lemah satu badan. Saya dengan bau masih okey lagi cuma rasa mu4l sepanjang masa,” katanya lagi.

Isteri kepada adik penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob ini turut mended4hkan anak lelakinya berubah menjadi terlebih manja dan sentiasa inginkan perhatian.

“Saya dah bagitau Rafael yang dalam perut ni ada adik. Dia macam faham. Dia civm perut saya. 

“Bila dah tau ja dia akan ada adik jadi terlebih manja sekarang ini. Nak sentiasa didukung tapi saya kena kurangkan la sekarang. Tak lama lagi nak jadi abang tu yang sentiasa nak perhatian,” kata Mawar.

Terdahulu, Mawar mengumumkan dia kini sedang h4mil anak kedua menerusi akaun Instagramnya.

Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak