Penyanyi Azharina memberi amaran kepada seorang pengguna media sosial ‘John Henry’ supaya menghentikan bvli siber dan f1tn4h dilemparkan terhadapnya.
Azharina berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun tersebut sekiranya masih mem4ki h4mun dirinya dirinya dan keluarga di media sosial.
Katanya, dia juga akan membuat laporan p0lis selepas dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh kelab peminat Azharina Angels dan keluarga.
“Pada John Henry, hentikan f1tn4h dan cyberbu1lly kamu . Atas nasihat Fanclub Nina, Azharina Angels dan keluarga Nina, Nina akan buat laporan p0lis dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang pada kamu dan lain -lain orang yang mengh1na dan mem4ki h4mun Nina juga keluarga Nina di sosial media,” tulisnya menerusi sebuah posting di Facebook.
Terdahulu, kisah memakai beg sekolah berjenama Prada yang dibeli di ‘bundle’ dan gedung beli-belah Parkson di Miri ditutup bagi membolehkan dia bersama adiknya membeli-belah mengundang kr1tikan warganet.
Azharina turut berkongsi posting mengenai seorang individu menggunakan nama Dewi Efian Iskandar yang memuat naik status meny1ndir dirinya seorang ratu bundle dan pembeli barangan tiruan.
Penyanyi lagu Elegi Sepi dikatakan sengaja bermegah dan ingin mempamer sisi hidupnya yang dianggap mewah selepas artikel mengenai kenangan ketika zaman kecilnya ditulis sebuah portal hiburan
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak