Air Jernih Bak Kristal, Keindahan Sungai Rambai Di Melaka Ini Pasti Buat Korang Terpegun!

Melaka sememangnya menjadi salah satu destinasi pelancongan yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia dan juga warga asing

Mana tidaknya, negeri ini cukup dikenali dengan k3san peninggalan sejarah, selain turut dipenuhi dengan tarikan moden. Tak dilupakan, Melaka juga turut menjadi pilihan buat mereka yang berhajat untuk melakukan ‘food hunting’ kerana kepelbagaian jenis makanan sedap yang ada.

Bukan itu sahaja, sebagai negeri yang boleh dikatakan dekat dengan ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, negeri ini juga sering menjadi pilihan buat warga kota yang inginkan percutian singkat dan mahu menenangkan diri daripada k3sibukan bandar untuk seketika.

Di Melaka, salah satu tempat yang ‘wajib’ untuk dikunjungi pastinya adalah Bandar Hilir

Namun, apa kata selepas ini anda kunjungi pula satu lagi tempat menarik yang ada di negeri ini, iaitu Sungai Rambai.

Kalau nak tahu, Sungai Rambai ini memiliki keindahan semula jadi yang sangat cantik dengan kejernihan air sungainya yang bak kristal.

Kecantikan serta keindahan Sungai Rambai telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Faisal Hussamuddin.

Sejak ia dikongsikan, tweet tersebut telah mendapat lebih daripada 7 ribu retweets dengan hampir 12 ribu tanda suka.

Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:

Kejernihan air sungai di tempat ini pasti membuatkan anda tidak menyesal dan bakal berasa tenang tatkala berada di situ

Namun diingatkan bahawa di sungai ini, anda tidak digalakkan melakukan aktiviti mandi-manda kerana ia merupakan kawasan habitat bagi bu4ya

Kalau tak percaya, apa kata anda saksikan sendiri video yang telah dikongsikan ini.

Cantiknya!

Semoga tempat ini terus dipelihara dan tidak dicemari oleh sebarang aktiviti yang tak sepatutnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : says seismik