‘Fathia Teruja Dapat Komen Positif..’- Keputusannya membuka tudung setahun lalu menerima kec4man hebat masyarakat.

LAUTAN mana yang tidak bergelombang dan bumi yang mana tidak ditimpa hujan. Begitulah ibaratnya perjalanan hidup pelakon Fathia Latiff.

Keputusan Fathia membuka tudung setahun yang lalu telah mendapat kec4man hebat daripada masyarakat.

Fathia mula mencipta nama melalui drama rantaian Nur Kasih dan mengalami kesuk4ran dalam hidupnya dan dia perlu dibantu.

Sebelum Ramadan lalu, dia telah kembali memakai tudung dan mendapat pujian daripada peminatnya.

“Saya gembira dan terkejut dengan apa yang dilalui sekarang. Selama ini asyik kena kec4m sahaja tapi kali ini amat berbeza.

“Saya memang teruja tengok reaksi mereka. Paling terharu apabila mereka bagi nasihat, tulis panjang-panjang di Instagram beri kata semangat.

“Baru saya sedar orang Malaysia sukakan perubahan yang positif. Kalau yang tak elok mereka kec4m. Yang baik mereka puji melambung, minta terus istiqamah dan sebagainya,” katanya.

Selepas membuat perubahan ini, Fathia telah memadam semua gambar lama dan diganti dengan gambar yang bertudung sahaj.

Fathia berada dalam bidang seni ini hampir 10 tahun dan dia gembira apabila dirinya dapat diterima semua pihak.

“Alhamdulillah, sudah ada beberapa penerbit menghubungi saya untuk bertanya khabar dan bincang tawaran berlakon.

“Saya pun sudah kembali aktif buat projek sendiri. Minggu ini saya sibuk dengan penggambaran untuk produk tudung saya dan lain-lain lagi.

“Untuk kali ini saya bergerak dengan ditemani pembantu peribadi. Tak lagi macam dulu, habis kerja saya akan terus balik rumah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sekiranya diadakan acara yang bertujuan menghargai penggiat seni, dia tetap akan hadir sebagai tanda menghargai sokongan yang diberikan.

Teman lelaki bukan lagi keutamaan

Fathia pantas menepis apabila dikatakan perubahannya mungkin sebagai persediaan untuk berumah tangga.

“Bukan kerana itu. Saya sudah boleh tahu siapa yang boleh terima saya seadanya. Ketika saya tak okey, tiada siapa yang nak.

“Pengalaman buat saya kenal manusia lebih dekat. Ibaratnya dia sukakan saya tapi apabila jadi masalah, dia hanya tengok sahaja macam tiada apa-apa. Saya akui banyak buat salah sebelum ini. Dulu saya terikut dengan cara hidup yang tiada had. Buat apa pun tanpa kawalan. Sekarang saya akan kawal tingkah laku,” katanya.

Fathia bagaimanapun tidak menolak sekiranya jodoh sudah sampai.

“Terserah pada Allah untuk beri lelaki mana yang sesuai. Sebenarnya keluarga saya ada calon-calon kegemaran tapi saya belum sedia kerana nak fokus pada karier.

“Tiada sasaran lagi kerana saya nak kumpul duit banyak-banyak. Namun sekiranya kalau dah ada jodoh dan Allah bukakan hati saya, insya-Allah saya akan kahwin. Apapun buat masa ini, pasangan lelaki bukan lagi keutamaan,” katanya.

Dia juga secara jujur mengakui tidak berminat dengan lelaki yang memegang prinsip cinta pandang pertama.

“Konon nampak saya, terus jatuh hati. Sedangkan mereka bukan tahu jatuh bangun saya,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro