Ingat Lagi Bawang Merah.. Ini 3 Hotel 5 Bintang Milik Suami Nia Ramadhani

Masih ingat lagi dengan drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih yang pernah disiarkan menerusi TV3 suatu masa dahulu? Sinetron ini mula bersiaran pada tahun 2004 mengambil kisah dari cerita rakyat Indonesia, kemudian diolah semula hingga menjadi sebuah sinetron yang cukup dramatik.

Salah satu watak yang sering membuatkan penonton rasa benci adalah bawang merah (Siska) yang dilakonkan oleh Nia Ramadhani. Umumnya telahpun bernikah dengan Ardi Bakrie, anak bongsu kepada keluarga usahawan iaitu Aburizal Bakrie. Sebagai salah seorang yang terkaya di Indonesia, wajarlah jika keluarga suami Nia Ramadhani itu memiliki hotel lima bintang.

Aburizal Bakrie merupakan salah satu usahawan terkenal di Indonesia yang memiliki syarikat yang mengusahakan di berbagai bidang, tak terkecuali properti atau hartanah.

Keluarga Aburizal Bakrie ini memiliki belasan apartment serta hotel. Hotel 5 bintang yang dimiliki keluarga Ardi Bakrie juga tak kalah mewah dan megah.

Di mana agaknya rangkaian hotel ‘five star’ milik keluarga Aburizal Bakrie? Berikut kami rangkumkan dari laman Matamata

Keluarga Ardi Bakrie memiliki hotel 5 bintang yang berlokasi di Jakarta Selatan. Hotel yang beroperasi sejak tahun 2014 ini memiliki 140 unit bilik. Hotel ini berjaya memenangki ‘The Award Excellence Booking.com Guest Review Award 2014’ dari Booking.com pada Mac2015 lalu.

Hotel mewah yang berlokasi tak jauh dari Pantai Kuta, Bali ini memiliki fasiliti kolam renang di atas bumbung yang berpanorama terus menghadap ke laut. Di dalam Pullman Bali Legian Nirwana, terdapat tiga bar yang menyajikan berbagai minuman dan makanan menarik.

Krakatoa Nirwana Resort Lampung merupakan penginapan mewah dengan 40 buah bilik dan 32 villa. Hotel 5 bintang ini menyediakan fasiliti seperti kolam renang, ruang tamu hingga beach restaurant.

Itulah tiga hotel mewah milik keluarga suami Nia Ramadhani. Tertarik menginap di salah satu hotelnya?

Artikel berkaitan: Nia Ramadhani kurang berlakon, tolak watak bercivm

SEMENJAK berkahwin dengan Ardi Bakrie, pelakon Nia Ramadhani mengurangkan aktiviti dalam dunia hiburan.

Menurut laporan Liputan6, Nia menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Eiffel I’m In Love 2 kerana tiada babak aksi mesra dengan pelakon lelaki.

Kata Nia, dia akan dihalau dari rumah oleh suaminya sekiranya melakukan babak bercium dengan pelakon lain.

“Sebelum saya terima tawaran untuk berlakon dalam filem itu pun sebab tak ada adegan bercium. Sebab itu suami okey saja.

“Kalau saya melakukan adegan begitu (berc1um), saya pasti kena kunci di depan rumah dan kena halau dari rumah,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Memorikini