4 Fakta Kisah Hubungan Terlar4ng Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra

Sebelum ini Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra pernah beberapa kali terkait dengan kontr0versi panas. Ada khabar angin mengatakan Priyanka sebagai orang ketiga dalam keluarga Shah Rukh Khan (SRK) dengan Gauri Khan. Sedar akan kontr0versi ini, Shah Rukh Khan lantas memberikan respon.

Dia bahkan mendedahkan mengenai hubungannya dengan Priyanka setelah berita mengenai hubungan ini terus berleluasa. Namun kenyataan SRK itu bertentangan dengan sikap Gauri Khan.

SRK dan Priyanka dikhabarkan terlibat dalam hubungan terlarang. Kedua-duanya dikatakan telah menjalin persahabatan yang lebih kuat di belakang isteri SRK, Gauri Khan. Diketahui, SRK dan Priyanka semakin dekat ketika mereka terlibat dalam penggambaran filem Don yang dirilis pada tahun 2006.

1. Kant0i! Priyanka Memakai Jaket SRK

Pada masa itu sebuah laporan mengatakan bahawa kedua-duanya dilihat meluangkan masa bersama hingga jam 3 pagi di pejabat SRK.

Bagaimanapun, SRK dan Priyanka berpendapat bahawa hubungan akrab mereka hanya untuk latihan dalam filem.

Sekali lagi kontr0versi tercetus pada pertengahn tahun 2017, dimana  Priyanka didapati memakai jaket yang sama dengan Shah Rukh Khan.

Dipetik dari Bollywoodshaadis, dalam satu acara, Priyanka mengatakan bahawa jaket itu adalah milik bekas kekasih yang tertinggal di rumahnya. Ini juga menguatkan tuduhan mengenai berita hubungan sul1it mereka.

2. SRK Panggil Priyanka ‘Sweetheart’

Dipetik dari Bollyworm, SRK pernah menyanyikan lagu untuk Priyanka di Anugerah NDTV Indian of the Year. Lagu yang dinyanyikan oleh SRK mengandungi kata-kata, ” Marry Me? (Kahwini dengan saya?)” dan SRK juga memanggil Priyanka sebagai ‘sweetheart (kekasih)’. Bukan itu sahaja, malah SRK memberikan ci1uman kepada Priyanka.

3. SRK Respon, Priyanka Hanya Kawan Baik

Ketika ditanya mengenaik kahabr angin ini, Shah Rukh Khan juga mengaku sed1h. Ini kerana, berita ini telah merosakkan persahabatannya dengan Priyanka. Sebenarnya, keakraban mereka hanya sebagai kawan.

Pelakon berusia 54 tahun itu mengatakan bahawa Priyanka Chopra sebagai rakan terdekatnya.

“Saya benar-benar minta maaf, bukan kerana apa yang telah saya lakukan, tetapi hakikat bahawa dia adalah kawan saya. Dia adalah salah satu rakan rapat saya. Kadang-kadang saya terasa dari khabar angin ini dan membuatkan saya terpaksa mundur dari dia. Sebenarnya ia boleh merosakkan hubungan kami ketika bekerjasama,” kata SRK, yang dipetik oleh Murai MY dari Bollywoodshaadis

“Dia adalah gadis kecil yang memulakan kariernya dari Miss India atau Miss World. Saya tidak ingat. Kami telah berkongsi detik-detik indah di layar, sebagai rakan. Sayang dan sed1h bagi saya bahawa persahabatan ini menjadi sedikit rosak,” sambungnya.

4. Lain pula terjadi dengan sikap isteri Shah Rukh Khan

Namun jawapan Shah Rukh Khan bertentangan dengan sikap Gauri Khan. Dilaporkan oleh IBT News,  bahawa ibu tiga anak itu telah mengeluarkan Priyanka dari senarai rakan-rakan baiknya. Sedangkan sebelumnya, Gauri dan Priyanka dan Suzzane Khan sangat dekat. Ketiganya sering dilihat hadir bersama di sebuah majlis.

Malah, dilaporkan, Gauri Khan juga melarang suaminya bermain filem dengan bintang bersama Priyanka Chopra. Ini terbukti, setelah Don 2 pada tahun 2011, Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra tidak pernah terlibat lagi dalam filem yang sama.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : murai.my via Koleksi viral