Youtuber, S. Pavithra, 28, mended4hkan dia sudah berpindah ke kediaman baharu bersama suaminya, M. Sugu, 29 baru-baru ini.
Menerusi video terbaharu, S. Pavithra menunjukkan aktiviti membersihkan rumah sebelum membawa barang-barang masuk.
“Ini dia rumah baru kami dekat Pekan Sungai Siput. Sangat luas rumah ini.
“Ni Sugu tengah sapu rumah. Lepas tu kita akan mula cuci rumahlah,” katanya.
S. Pavithra dan Sugu turut dibantu oleh ahli keluarga lain iaitu kakak ipar dan anak saudara.
Dalam satu video berasingan, S. Pavithra menyatakan suaminya sudah berhenti kerja sebagai buruh ladang bagi memberi tumpuan kepada content YouTube.
“Suami saya sudah berhenti kerja di estet. Sebab suami saya berhenti kerja adalah untuk fokus kepada YouTube.
“Kami dah popular, ramai yang datang rumah untuk temu ramah (interview). Masa tu suami saya kena ada dengan saya jadi dia sudah ambil banyak cuti.
“Kerja dia pun dah terg4nggu oleh sebab itu saya rasa lebih baik suami berhenti kerja,” katanya lagi.
Terdahulu, kisah Pravithra yang merupakan YouTiuber berketurunan India mencuri tumpuan rakyat Malaysia dengan video masakannya yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
Video masakan itu juga mencuri tumpuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehingga kini, saluran YouTube Sugu Pavithra sudah mencecah 680,000 langganan dalam tempoh empat bulan sahaja.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak