Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, 26, bertindak memerli netizen yang mengkritik penampilannya memakai seluar jeans ketat.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Abu memilih untuk menggayakan jubah ketika keluar ke Kuala Lumpur.
“Okay tak keluar macam ni pergi Kuala Lumpur? Harap tiada lagi kec4man berkaitan seluar aku yang skinny fit.
“Aku kalau stress, serabut aku suka keluar jalan-jalan shopping sorang. Dia tak release sangat tapi okaylah sebab nak tenang dalam hidup ni sebenarnya kena solat zikir baru betul-betul tenang kan?” tulisnya.
Sebelum ini, Abu menerima komen-komen ‘pedas’ daripada pengikut yang tidak senang melihat pakaian yang digaya.
Tambah Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi menyatakan gaya yang dipakai itu adalah dirinya yang sebenar.
“Netizen tak bagi saya guna saya jadi pencetus ummah. Kemudian saya buang title PU pada nickname IG saya.
“Saya pun bukan ustaz. Saya jadi diri saya. Pakaian saya memang dari dulu macam tu. Pokoknya saya buat apa pun tak kena,” tulisnya di ruangan komen.
Sementara itu, hasil petikan di laman web Pejabat Mutfi Wilayah Persekutuan juga ada menyebut tentang hukvm lelaki berpakaian nipis dan ket4t.
Jika dia memakai pakaian, maksud pakaian itu ialah menutup tubuh. Kalau berpakaian tetapi menampakkan tubuh, tidaklah dinamakan berpakaian. Contohnya, di dalam Islam tidak dikira menutup aur4t mereka yang memakai pakaian lutsinar seperti plastik. Firman Allah Taala:
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aur4t kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Surah al-A’raf, 7:26)
Ini kerana perkataan ” يُوَارِي سَوْآتِكُمْ” jelas menunjukkan sifat pakaian mestilah menutup aur4t.
Kedua, pakaian yang dalam Islam tidak benar ialah pakaian yang يُلفِتُ النَّظَر (yakni terlalu menarik perhatian). Justeru, apatahlagi baju yang menampakkan tubuh badan, mungkin orang lelaki dengan orang lelaki tidak berasa apa-apa, tetapi dengan wanita jadi lain, yang membawa kepada sy4hwat dan membawa kepada gh4irah. Sekali pun, ada yang boleh menjawab, ‘Saya pakai seluar sempurna menutup aur4t, dari pusat ke lutut’. Namun, sesuatu perkara yang membawa kepada haram boleh juga jatuh kepada har4m. Kaedah menyatakan:
ما أَدَّى إلى حَرَامِ فَهُو حَرَامٌ
Maksudnya: Perkara yang membawa kepada perkara yang har4m, juga har4m hukvmnya.
Rujuk Qawaid al-Ahkam (2/218) oleh Imam Izz bin Abd al-Salam.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak