Risteena dapat kereta mewah

KUALA LUMPUR: Genap setahun perkenalan semalam, Risteena Munim menerima kejutan hadiah kereta mewah dengan nombor pendaftaran istimewa daripada tunang tercinta, Isa Khan.

Berkongsi berita itu, Risteena berkata, Isa menghadiahkan kenderaan terbabit hasil kejayaan perniagaan minuman kesihatan Lovit yang diusahakan mereka.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai hadiah kereta ini. Malah, saya tiada hadiah kepada tunang sempena ulang tahun perkenalan kami.

“Isa suka beri kejutan. Cuma kali ini berbeza berkat pencapaian perniagaan kami. Kereta ini adalah untuk kegunaan bersama,” katanya kepada BH Online.

Risteena berkata, hadiah itu membuktikan Isa bekerja kuat dan berusaha mendapatkan apa yang dihajati.

“Isa membuktikan usahanya berbaloi. Dia kerja keras untuk mendapatkan apa yang dimahukan. Pencapaian dia menggembirakan kami,” kata kakak kepada Ruhainies ini.

Tambah Risteena, demi mencapai apa yang diingini, tunangnya itu tidak mempedulikan soal makan dan tidur.

“Saya bangga dengan usaha dan semangatnya. Banyak lagi yang sedang dia usahakan sekarang,” katanya.

Mengenai perancangan berkahwin, Risteena memberitahu, dia dan Isa mahu menyegerakan perkara itu.

“Belum ada tarikh lagi, tapi Insya-Allah akhir tahun ini.

“Urusan ini jadi rumit apabila kita diuji c0v1d-19 dan perlu akur Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah PKP Pemulihan (PKPP),” katanya.

Risteena dan Isa berkenalan kira-kira setahun lalu ketika menerajui drama Bulan Di Kota Langit yang sedang disiarkan TV Okey.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. . Pada mula saya mengenali awak, saya tahu awak seseorang yang ISTIMEWA, dan awak dah buktikan pada saya sekarang, hanya dalam masa yang terlalu singkat, but you did it! ♥️ . Ini kejayaan awak sayang. Always proud of you! Perasaan cinta saya pada awak masih sama macam dulu dan masih kekal sehingga sekarang malah semakin bertambah hari demi hari. I swear! . Janji saya pada awak, saya akan sentiasa ada dengan awak tak kira apa keadaan sekalipun. Saya happy bila tengok satu-satu kejayaan yang awak capai sekarang. Saya akan terus ada sehingga awk capai semua impian awak, sayang. I PROMISE. . Behind every successful man, there is a woman. I want to be that woman, forever 🙂 . I love you so much @theisakhan ♥️ Thank you for everything ~ . FOR US~ . Big thanks to @cstproduction ♥️

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online