Perubahan cuaca dalam pentadbiran selalu menjanjikan pelbagai perkara baharu. Begitu juga dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang kini dipengerusikan oleh Zakaria Abd Hamid.
Dalam satu sidang media akhir bulan lalu, Zakaria mensasarkan tempoh dua tahun untuk mencapai impian melihat filem tempatan diangkat ke peringkat antarabangsa termasuklah dicalonkan ke Oscar.
“Impian kita, mimpi kita untuk sampai ke peringkat tertinggi iaitu Anugerah Oscar dan kalau dalam bidang muzik, mungkin Grammy.
“Kita kena ada sasaran. Sebab itu saya berkongsi impian ini bersamamenteri dan menteri yakin saya boleh deliver. Yang penting ada kerjasama,” katanya dalam satu sidang media.
Sedikit berbeza dengan kenyataan Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang mungkin lebih rasional apabila menggariskan empat pelan dan tindakan dalam mensasarkan filem Malaysia tercalon di Oscar.
“Bagi projek Oscar, ia mengambil masa mungkin bermula dari 10 hingga 20 tahun akan datang. Bila dan bagaimana untuk merealisasikannya terpulang kepada FINAS untuk melaksanakan agenda berkenaan.
“Ia seperti cuba memenangi pingat emas di Olimpik. Mesti ada sasaran, program, perancangan dan bilakah kita akan mencapai sasaran itu,” kata beliau lagi.
Sasaran tercalon di Oscar ini mendapat pelbagai reaksi daripada pemain-pemain filem tempatan. Ada yang s1nis dan ada yang positif, tetapi rata-rata mahukan banyak perkara yang perlu diperbetulkan.
Gempak menghubungi dua pelakon terkenal yang pernah memenangi pelbagai anugerah untuk mengetahui pendapat mereka.
Bront Palarae
Menurut Bront, tidak salah untuk bermimpi dan bercita-cita, tetapi ianya harus datang bersama’political will’ untuk melakukan perubahan pada isu-isu asas industri yang sudah lama ditagih oleh warga industri.
“Isu harga pembelian rancangan TV, gaji minimum, masa bekerja maksimum dan pelbagai lagi perkara yang sudah bertahun-tahun menjadi masalah, namun masih belum dapat diselesaikan.
“Ibarat nak berhasrat bina menara KLCC tetapi industri tidak mempunyai simen dan konkrit. Yang ada cuma buluh sahaja,” kata Bront.
Tambah Bront lagi, perkara tersebutlah yang menyebabkan ramai warga industri memandang s1nis dan tidak kurang juga yang berasa mar4h kerana pemimpin dilihat terpisah dengan realiti sebenar dan cuba membuat ‘my legacy’ yang tidak begitu masuk akal.
“Jika tiga isu utama industri dan diiringi dengan proses membudayakan filem melalui sekolah dapat dijalankan, Insya-Allah pelbagai kejayaan dapat terhasil.
“Bukan hanya setakat prestij, malah boleh menjana ekonomi negara,” kata pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Terbaik di ASEAN International Film Festival melalui filem Terbaik Dari Langit.
Pada masa yang sama, Bront turut meluahkan sedikit kebimbangannya terhadap pelan FINAS yang telah dijalankan oleh pemimpinnya yang terdahulu.
“Saya sedikit risau dengan pelan yang dijalankan oleh pemimpin yang terdahulu. Adakah ia akan dibuang atau diteruskan?
“Untuk membuat perubahan secara menyeluruh atau secara pukal pastinya amat merugikan industri. Saya memohon agar pelan-pelan yang telah dibuat itu diteruskan dan ditambah baik tanpa perlu reset atau bermula semula daripada kosong,” kata Bront mengakhiri bicara.
Shaheizy Sam
Bagi Shaheizy Sam, dia berpedapat bahawa permasalahan di dalam industri perlu diperbetulkan terlebih dahulu sebelum mengidam untuk mengenggam Oscar.
“Tidak salah untuk memikirkan tentang pencapaian filem kita ke Oscar asalkan dalam perjalanan ke arah itu, kita sentiasa memperbetulkan masalah industri
“Tetapi janganlah sekadar ingin memandang jauh dan ingin benda yang besar, tapi tiada usaha untuk memperbetulkan sistem yang sedia ada. Untuk pemain filem, ianya (Oscar) mungkin satu angerah yang besar, tapi perkara tersebut tidak akan tercapai tanpa menyelesaikan masalah terlebih dahulu,” ujar Sam.
Tambah Sam lagi, untuk memperbetulkan masalah setiap pemain perlu tahu skop kerja dengan setiap orang bertanggungjawab melakukan tugasan mereka sebaik mungkin.
“Kalau ada ‘department’ yang mentalitinya alah aku dah buat filem berpuluh tahun tapi aku masih di tempat yang sama, perkara inilah yang perlu diubah kerana untuk membuat satu filem yang bagus perlvk4n kerja berpasukan.
“Jika satu bahagian daripada pasukan itu tidak mempunyai usaha untuk pergi jauh, ia akan menarik pemain dalam pasukan tersebut turut jatuh bersama kerana apa sekalipun, untuk menjadikan satu filem itu bagus perlvk4n kerjasama yang terbaik daripada semua,” kata Sam lagi.
Menurut Sam lagi, pendidikan adalah sangat penting dan Malaysia perlu menjadikan industri ini salah satu cabang pengajian yang diutamakan.
“Pendidikan tentang bidang lakonan perlu dibuat daripada awal lagi, dan sesiapa yang berminat untuk menjadi pelakon, ada pusat pengajian yang menyediakannya secara formal dan diiktiraf oleh kerajaan.
“Jadi sesiapa yang mempunyai bakat dan minat untuk mengikuti pengajian tersebut akan rasa ‘selamat’kerana dia tahu industri tersebut mampu memberi mereka makan dengan peluang-peluang pekerjaan.
“Sekarang ini ramai yang tahu bidang lakonan atau nyanyian adalah jenis pekerjaan yang tidak selamat. Jika kita mampu memberi jaminan kepada anak-anak muda yang mempunyai bakat besar bahawa mereka mampu bekerja sebagai pelakon atau penyanyi, saya percaya ramai yang akan memulakan pembelajaran daripada awal lagi,” tambah Sam.
Menurut Sam lagi, pendidikan juga akan menjadi satu keutamaan untuk melangkah ke dalam industri, dan bukan hanya bergantung kepada nasib sahaja.
“Sekarang ini mereka yang berbakat hanya dapat mencuba nasib mereka dalam bidang lakonan. Kalau melekat, lekat, kalau tak lekat pergi cari kerja lain. Jadi pendidikan adalah sangat-sangat penting.
“Kita sepatutnya mendidik pelakon daripada usia muda, tetapi perkara itu hanya akan terjadi apabila bidang perfileman itu telah menjadi satu industri yang besar,” kata Sam yang juga pernah memenangi anugerah Pelakon Terbaik di 1st ASEAN International Film Festival melalui filem Songlap.
Menurut Sam, secara peribadi dahulu dia sering menggelarkan dirinya sebagai seorang pelakon tetapi kini dia mengorbankannya kerana perlu mempelbagaikan kerja seperti membuka perniagaan demi kelangsungan hidup.
“Jika kita tahu kita mampu menjana pendapatan melalui satu filem, mungkin sebagai pelakon mahupun kru, industri perfileman adalah bidang yang menjamin masa hadapan,” ujar Sam mengakhiri bicara.
Sama ada kita mampu untuk mencapai anugerah Oscar, hanya masa yang akan menentukannya. Namun seperti mana yang diperkatakan ramai pemain industri, mereka mahu melihat perubahan berlaku dalam membaikpulih industri perfileman tanah air.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak