TUGASNYA sebagai imam di masjid tidak bergaji. Elaun RM300 sebulan itulah yang digunakan untuk membesarkan anak-anaknya.
Bagusnya, anak-anak yang memahami akan tahap kemampuan si bapa dan ibu yang hanya seorang suri rumah, tidak meminta-minta.
Anak-anak pasangan ini tahu membawa diri untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah, mereka mula mencari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercvcuk tanam dan lain-lain.
Makanan mereka juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai.
Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan (RMT), dapatlah anak-anak itu merasa makan yang sedap secara berterusan. Bayangkanlah kesusahan hidup dihadapi mereka.
Menariknya, hasil didikan bapa dan ibu mereka, keperitan hidup tidak menghalang kesemua 16 beradik itu untuk berjaya bahkan masing-masing menjejakkan kaki ke menara gading! Kisah mereka juga pernah tular tidak berapa lama lalu.
Kongsi anak ke-11, Mohd Yazid Ismail, 36, sepanjang ingatan beliau, semasa bapanya, Ismail Abdullah masih hidup dan sihat, arw4h tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak. Begitupun, apa yang selalu ditanyakan bapanya itu tentang ‘solat di masjid atau tak’?
“arw4h ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. arw4h ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.
“Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit, tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah, anak pertama hingga 16 berjaya semua masuk universiti,” kata Perunding Kewangan dari Nilai, Negeri Sembilan ini.
Menarik bukan? Bagaimana agaknya acuan membentuk anak-anak itu?
Sempena Hari Bapa hari ini, 5 tip ini dikongsikan Yazid tentang amalan dan didikan arw4h bapanya itu khususnya buat anak-anak. Ini yang diberitahunya kepada SinarPlus:
1. Tegas menyuruh anak-anak lelaki agar solat berjemaah di masjid atau rumah
“Disebabkan bapa saya seorang imam, biasanya tiap kali sebaik usai memberi salam, arw4h bapa akan berpaling ke belakang untuk lihat anak-anaknya solat bersama atau tidak,” kongsi Yazid.
Amalan itu jualah yang kini diterapkan oleh bapa kepada lima cahaya mata itu hingga sekarang. Begitu juga dengan adik-beradiknya yang lain selalu mengingatkan anak-anak supaya menjaga solat.
Bapa 16 anak ini tak pernah marah, tapi kalau mar4h seperti bila tak solat memang tegas, cerita Yazid.
Solat itulah katanya menjadi bonding, kasih sayang, rindu antara keluarga.
2. Bersabar dengan ujian
arw4h Ismail juga seorang yang bersabar berdepan ujian. Kata Yazid, kesemp1tan hitam hidup mereka yang lalu, sering dipandang sebelah mata oleh masyarakat. Justeru sabar amat perlu.
3. Menjaga akhlak
Bapa dan ibunya, Fatimah Jusoh, 70, berpegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada.
“Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung, cerita Yazid.
“Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung,” katanya.
Orang ‘buat’ kita pula, jangan balas, kongsinya lagi.
Nampak? Akhlak baik ibu bapa menurun pada anak kan?
4. Jangan ambil hak orang
“Ini pesan bapa saya. Jika sesuatu itu bukan hak kita, walau susah macam mana pun jangan ambil walaupun jumpa duit 10 sen di tepi jalan,” katanya.
5. Lelaki kena pandai buat kerja rumah
“Sejak dari kecil memang kami sudah diasuh buat kerja rumah. Lelaki pun perlu pandai buat kerja rumah walaupun ada isteri.
“Sekarang pun masih ramai lelaki yang hanya duduk saja,” katanya.
Yazid bercerita, pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, beliau sendiri ada pengalaman masih kutip kayu api untuk masak. Ada dapur gas, tetapi mahu berjimat.
Cipta memori indah
Pesan Yazid yang suka berkongsi ilmu dan pengalaman hidup secara santai dan mempunyai 25,446 followers ini kepada ibu bapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
“Kebahagian hidup hanya melalui solat, cari kekuatan istiqomah solat. Solat paling mudah, tak perlu kos pun. Bapa yang dapat didik anak tentang ini, insya-ALLAH keluarga akan bahagia,” katanya.
Sempena Hari Bapa, ada nasihat dititipkannya khususnya buat golongan bapa:
“Ingatlah bapa kita. Ciptalah memori indah dengan anak. Saya sekarang pun nak create memori indah dengan anak-anak.
“Mana taknya, masa ayah tak ada, saya baru darjah dua. Semenjak arw4h s4kit terlantar selama lapan tahun pun, dia tak boleh bercakap.
“Jadi saya pun tercari-cari memori indah dengannya. Yang saya ingat ada juga buatkan susu untuknya. Itu pun dah cukup indah untuk saya,” katanya.
ANEKDOT
Kisah 16 beradik:
– 16 adik beradik ini seibu sebapa. Anak sulung hingga 11 semua lelaki, manakala anak ke-12 hingga 16 semua perempuan.
– Berasal dari Kota Baharu, Kelantan.
– Pada tahun 1991, ketika Mak Cik Fatimah mengandung anak ke-16, Pak Cik Ismail pada tahun sama diser4ng str0k dan lvmpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya RM150.
– Mak Cik Fatimah tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak.
– Str0k di masjid, lapan tahun Pak Cik Ismail s4kit, makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Moga terinpirasi dengan kisah 16 beradik ini dalam mencari kejayaan di dunia dan akhirat ya. -AG #janganputusasamalaysia
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar