Tasha Manshahar Buat Kek Untuk Baby Makan, Netizen Minta Kongsi Resepi – “Rupa Dia Agak Menger1kan …”

Penyanyi Tasha Manshahar menyatakan sempena hari lahir putera kesayangannya, Muammar Rafiqi yang pertama dia mencabar diri untuk membuat sebiji kek.

Menurut Tasha, walaupun dia tidak berpengalaman namun itu adalah kenangan terindah yang boleh diingatinya bersama keluarga.

“Dari awal lagi saya memang dah niat nak buat kek hari jadi terutamanya untuk ulang tahun kelahiran Muammar yang pertama walaupun sebenarnya saya tak pernah dan tak pandai buat kek langsung! 

“Tapi saja nak jadikan hari ni lebih bermakna (sekurangnya untuk saya). Tengah malam semalam ya saya mula buat kek semua orang dah tidur. Gementar g1la sebab memang tak reti!” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar berkata dia ada juga menempah kek untuk orang dewasa tetapi anaknya tidak boleh makan.

Justeru, dia menjadikan inspirasi daripada golongan ibu lain untuk membuat sebiji kek.

“Kek cantik tempah jugak untuk orang dewasa makan, tapi Muammar kan tak boleh makan kek tu sebab dia baby lagi, jadi saya pun usaha la. 

“Inspirasi daripada ibu-ibu hebat di luar sana untuk buat kek yang anak boleh makan.

“Boleh je nak upah baker buat ikut resepi yg kita bagi, tapi saya saja nak buat sendiri hehehe. Tapi berani m4ti jugaklah saya sebab jujur kuantiti bahan dia ada yang saya main agak-agak je. 

“Nasib baik lahhhhh rasa dia boleh tahan sedap walaupun rupa dia agak menger1kan ya. Patut mommy boleh letak buah ke tapi mommy tak sempat, sorryyy Muammar.

“Emmm nak kongsi resipi tapi rupa kek kita pun macam tak berapa menyakinkan tapi ada yang nak resipi ke?” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dari awal lagi I mmg dah niat nak bake birthday cake specially for Muammar on his 1st birthday walaupun sebenarnya i tak pernah dan tak pandai baking lgsg! Tapi saja nak make today more memorable and meaningful (atleast for me). Tgh malam semalam ya i mula baking time semua org dah tidur. Nervous gila sbb mmg tak reti! Kek cantik order jugak untuk org dewasa makan, tp Muammar kan tak boleh makan kek tu sebab dia baby lagi, so I made an effort inspired by many other supermoms out there utk buat cake yg anak boleh makan. Boleh je nak upah baker buat ikut resipi yg kita bagi, tapi i saja nak buat sendiri hehehe. Tapi berani mati jugaklah i sbb honestly kuantiti bahan dia ada yg i main agak-agak je 😂 Nasib baik lahhhhh rasa dia boleh tahan sedap walaupun rupa dia agak mengerikan ya. Patut mommy boleh design2 letak buah ke tp mommy tak sempat, sorryyy Muammar 🥺 _ Emmm nak share resipi tp rupa kek kita pun mcm tak berapa meyakinkan…tapi ada yg nak resipi ke? 🤣🤣🤣

A post shared by @ tashamanshahar on

Tasha mendirikan rumah tangga dengan Raqib pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.

Pasangan ini menimang cahaya mata pada 21 Jun tahun lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak