Cov1d-19: Tiga kluster baharu ‘muncul’ hari ini

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Tiga kluster baharu koronav1rus (c0v1d-19) dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster tersebut ialah Kluster Bukit Bintang, Kluster Kondominium Hulu Langat dan Kluster Tapak Pembinaan Kuching.

Menurutnya, bagi Kluster Bukit Bintang, sebanyak 10 kes positif c0v1d-19 telah dilaporkan melibatkan sembilan kes warganegara Bangladesh dan satu kes rakyat tempatan.

“Tujuh daripada 10 kes positif kluster ini adalah rakan serumah kepada kes indeks,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan c0v1d-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini, seramai 274 orang telah disaring melibatkan 203 warga asing dan 71 rakyat Malaysia.

Selain itu, Kluster Kondominium Hulu Langat dikesan mempunyai kaitan dengan kes positif c0v1d-19 membabitkan pelajar tahfiz pada 8 Jun lalu.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif telah dijalankan dan dua lagi kes positif dikesan dalam kluster ini,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes pertama merupakan warga asing (kes ke-5,818) yang merupakan bapa saudara angkat kepada kes indeks.

“Salah seorang rakan sekerja kepada kes ke-5,818 turut dikesan positif c0v1d-19 iaitu kes ke-5,894,” katanya.

Sehingga hari ini, seramai 40 kontak rapat telah dikenal pasti dan disaring dengan tiga positif, 30 negatif dan tujuh masih menunggu keputusan.

Sementara itu, kluster tapak pembinaan baharu di Kuching mula dikesan apabila kes ketiga kluster iaitu kes ke-8,591 telah membuat saringan c0v1d-19 di

sebuah klinik swasta.

“Dia yang merupakan penyelia kepada dua pekerja warga Indonesia yang positif, turut disahkan positif c0v1d-19,” katanya.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar