KUALA LUMPUR: Pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta, 49, ketika ini antara bintang laku keras dalam memenuhi tawaran berlakon.
Sebaik sahaja penggambaran mendapat kebenaran, tiga drama bersiri membabitkan komitmen isteri kepada Zain Saidin itu sedang berjalan iaitu Dayang Senandung, Baju Kebaya Kasut Kanvas dan Juliet.
Drama bersiri, Dayang Senandung dan Juliet diterbitkan Zeel Production, manakala Baju Kebaya Kasut Kanvas pula terbitan Orange Tree Production.
“Drama Dayang Senandung sempat menjalani penggambaran sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, apabila tertunda lebih tiga bulan, memang banyak syarikat produksi mengejar masa melunaskan baki penggambaran ketika ini.
“Saya sendiri terpaksa membahagi masa dan bersyukur syarikat produksi memahami, sekali gus boleh menyusun jadual dan waktu sebaik mungkin.
“Penat adalah perkara biasa, tetapi saya anggap rezeki. Inilah masanya mencari duit selepas lama berehat. Insya-Allah, ada dua drama menanti penggambaran, Mami Jarum dan Lelaki Lingkuhan pada Ogos ini,” katanya kepada BH Online.
Ketika dihubungi Rozita sedang berada di lokasi penggambaran drama Baju Kebaya Kasut Kanvas. Turut membintangi drama arahan Pyan Screw itu ialah Nabila Razali, Mona Allen dan Zainol MacWilson.
Antara babak Rozita Che Wan dan Nabila Razali dalam drama Baju Kebaya Kasut Kanvas. – Foto Rozita Che Wan
Dalam setiap 10 episod juga akan diserikan dengan pelakon lelaki antaranya Haqiem Rusli dan Ismail Izzani.
Pelakon yang popular menerusi karakter Kiah Pekasam itu berkata, dia sudah terbiasa dengan normal baharu dan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi penggambaran.
“Sebelum normal baharu lagi sudah terbiasa bersolek sendiri dari rumah. Nak ‘touch up’ saya buat sendiri di set penggambaran. Jurusolek artis selalunya akan memantau solekan di monitor dan jika perlu ditambah, mereka akan memberitahu.
“Baju atau wadrobe pun saya guna milik sendiri. Artis diletakkan dalam bilik dan kru pula sibuk di lokasi penggambaran yang dipilih. Jadi, kami tak bercampur.
View this post on InstagramKami sebagai CHE PAH .. dalam #KebayaKasutKanvas #tv3 @orangetreeproduction @tv3 . . 📷 @azmwhb
“Ikutkan SOP dan normal baharu ini membataskan sebenarnya, tetapi kita kena patuh untuk kebaikan bersama. Babak bersentuhan dibuang pihak produksi. Begitu juga membabitkan babak aksi dan berg4duh turut disingkirkan,” katanya.
Mengulas kesihatan suaminya, Zain yang dimasukkan ke h0sp1tal kerana beberapa peny4kit, baru-baru ini, Rozita berkata, dia kini semakin pulih.
“Cuma, suami sudah mula berhati-hati dalam pemakanan kerana bimbang kolestrol naik lagi. Saya percaya s4kit adalah penghapus d0sa,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH