“2 Malam Mimpi Mak Senyum” – Ebit Lew Rindu Arw4h Ibu, Tak Peduli Pen4t Asal Boleh Ziarah Kubvur

“Dah dua malam mimpi mak senyum, rindu mak sangat agaknya,” getus Ustaz Ebit Lew, berkongsi doa dan tarikh keramat sempena ulangtahun kelahiran arw4h ibunya pada 24 Jun lalu.

Bagi Ebit, tiada apa yang lebih menggembirakan hatinya selain menatap pus4ra arw4h di kampung.

Letih bukan halangan, asalkan rindu terlerai.

“Terus drive dari pejabat balik kampung ziarah kubvr mak rindu sangat.

“Terima kasih ya Allah. Hari ini hari Lahir arw4h mak saya, 24 Jun. 

“Selamat hari lahir buat mak yang tercinta. Ya Allah betapa diriku sayang padanya. 

“Sayangi dan kasihilah ibubapaku sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangiku semenjak kecil,” tulis Ebit di Facebook.

Untaian doa dikirim Ebit buat arw4h ibu di negara abadi.

Kata Ebit, setiap kudratnya hari ini berkat doa orang tuanya setiap masa. Pen4t tiada dalam kamus, melainkan pen4t jika tak hulur bantuan.

“Kerana doa mak bapak ebit ke sana sini. Setiap bangun pagi mesti Allah gerakkan ke sana sini mengikut suara tangisan orang sus4h. Pen4t bila tak dapat bantu orang jer.

“Ya Allah jagalah mak di sana. Ebit rindu mak sangat. Ebit betul-betul rindu mak. 

“Ya Allah pimpinlah setiap langkah dan tindakan dalam hidupku ini. Jangan biarkan diriku pada diri sendiri walau satu saat. 

“Jika ada pahala kebaikan atas apa dilakukan semuanya hadiahkan pada ibu tercinta. 

“Ya Allah satu hari temukanlah kami semula di sana dalam reda-Mu,” tambah Ebit lagi.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak