Silap ‘setting’ navigasi, pemandu masuk laluan motosikal

PETALING JAYA – Seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) ‘tersesat’ masuk lorong motosikal gara-gara terlalu mengikut aplikasi navigasi untuk ke lokasi dituju di Lebuhraya Persekutuan di sini kelmarin.

Ketua p0lis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, lelaki berusia 53 tahun itu yang memandu kenderaan jenis Volvo dari arah Petaling Jaya ke Shah Alam.

Menurutnya, kejadian itu kemudian telah tular di media sosial dan p0lis telah memanggil pemandu terbabit keesokannya untuk direkod keterangan bagi membantu sias4tan.

“Sias4tan awal mendapati pemandu terbabit dalam perjalanan dari syarikatnya di Sungai Besi, Kuala Lumpur untuk menuju ke pusat servis kenderaan.

Pemandu kenderaan SUV jenis Volvo tersalah masuk ke laluan motosikal dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya kelmarin.

Pemandu kenderaan SUV jenis Volvo tersalah masuk ke laluan motosikal dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya kelmarin.

“Semasa dalam perjalanan, pemandu itu telah menggunakan aplikasi navigasi yang menunjukkan laluan motosikal. Menyedari kesal4hannya, pemandu terbabit telah cuba mencari jalan keluar dengan dibantu sekumpulan penunggang motosikal di laluan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain itu semakan yang dibuat ke atas telefon bimbit lelaki terbabit mendapati aplikasi navigasi yang digunanya ters4lah menggunakan tetapan iaitu mode motosikal.

Katanya, ujian saringan air kencing juga mendapati pemandu itu negatif d4dah.

“Pemandu terbabit kemudian telah dibebaskan sementara kertas sias4tan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar