“Merekalah Cinta Hati Saya…,”- Kehadiran sepasang cahaya mata menyerikan rumahtangga Tya Arifin dan sumber kekuatan untuknya…

Tya yang berasal dari Indonesia telah mendirikan rumahtangga bersama Asyraf yang juga merupakan anak kepada suami penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza, iaitu Datuk Khalid Jiwa. Kini, setelah mendirikan rumahtangga, Tya terus menetap di Malaysia dan ada kalanya berulang ke Indonesia pulang ke rumah keluarganya.

Menantu Dato’ Siti Nurhaliza ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik, dia juga sangat pandai memasak. Ini turut dikongsikan oleh Tya di akaun Instagram, mengenai resepi-resepi masakan daripada dirinya. Meskipun telah melahirkan dua cahaya mata, Tya masih tetap tampil cantik lebih-lebih lagi kini dia telah mengenakan hijab.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siapa nak resipi Ikan Bakar ala Tya? Join telegram channel “Tya Arifin” yaa, Disanaaa banyak resipi dan tips Breastfeeding Parenting ❤️

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Pelakon dan usahawan Tya Arifin bersyukur kerana sentiasa dimurahkan rezeki dariNya.

Malah, Tya sangat menyayangi anak-anak kerana baginya mereka merupakan kekuatan untuknya dalam apa jua bidang yag diceburi.

Merekalah cinta hati saya, kekuatan saya, alasan saya menjalani kehidupan , walaupun malem ini mereka tidur lambat.

“Jadi kita abadikan dengan gambar 🧡

Seperti biasa ya buibu, gambarnya tak ada yang sempurna 😌🙈😅

“Oiya, Tya rasa dah lama tak outing dengan anak2, buibu ada idea kah nak bawa kids weekend ni kemana ya? Share plss,” tulisnya.

Tya merupakan pengusaha produk jamu kecantikan sering berkongsi gambar bersama keluarga dan aktiviti hariannya di Instagram.

Untuk rekod, Tya  berkahwin dengan Muhammad Asyraf Khalid pada 2015 dan dikurniakan dua pasang anak, Arif Jiwa, 3 tahun dan Azzahra Jiwa, 1 tahun.

Jelas terpancar kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli ini. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki,segala urusan dipermudahkan dan sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.

 Foto : Instagram Tya Arifin

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH