Rapper popular, Joe Flizzow akhirnya sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya Marini Ramlan.
Berita gembira itu dikongsi menerusi satu posting di akaun Instagram (IG) adik kepada Marini, sebentar tadi.
“Vibe kahwin c0v1d. Dah anggap awak sebagai abang saya sebelum ini, tapi apapun selamat datang ke keluarga kami secara rasmi Joe.
“Kepada Marini, awak adalah pengantin paling cantik pernah saya lihat,” katanya.
Posting berkenaan kemudian dipenuhi dengan komen ucapan tahniah daripada rakan-rakan terdekat
Menerusi gambar pada posting tersebut, dapat dilihat majlis akad nikah dilihat dilakukan secara serderhana memandangkan Malaysia masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Kedua-dua mempelai masing-masing kelihatan sangat segak dan cantik menggayakan baju melayu dan baju kurung pahang berwarna krim.
Terdahulu, Joe telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan pada 28 Disember 2019.
Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak