“Tanggal 18 Mac lalu men1ngg4lkan impak besar dalam hidup pelakon, Ieda Moin..”- Ini Sebab Ieda Moin mahu terus istiqamah

KUALA LUMPUR: Tanggal 18 Mac lalu men1ngg4lkan impak besar dalam hidup pelakon, Ieda Moin.

Selain kerajaan mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tarikh itu, paling meruntun hati, Ieda hilang teman karibnya, Maya Matahari yang pergi menghadap Ilahi selepas bertarung dengan kanser sarcoma tahap empat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allah xkuat ati ni nk share pic terakhir dgn arwah kak aya @myaruslee ..last cikda jumpa kakak rabu lepas dgn kak long @amelinaamirsharipuddin Pic ni adalah bukti yg kami 4 sekawan yg sgt akrab pd zaman anak dara.. Masing2 ada nama manja sesama sendiri antara kami,@naziamustafar /vtec @iedamoin79 /oen @amyzaaznankaaia /oneng,n arwah kak @myaruslee /aayalija tp semua panggil cikda ADIK persahabatan lebih dr 20 thn lamanya.. Kejap merajuk, kejap gado, kejap baik,tp cikda paling lama merajuk ati atas mulut org luar dan akhirnya sempat tuk berjumpa dan bermaafan kembali sebelum kak aya pergi.allah 😭😭 remuk ati bila tgk balik gambar2 lama kami.pic ni adalah pic yg ada dlm dompet cikda selain dr pic twin cikda @khiriah17 ,suami cikda n abah cikda..dan akhirnya cikda letak kt dinding rumah supaya sentiasa ingat apa yg kami berempat lalui sepanjang kami berkwn sehingga lah kakak pergi tinggalkan kami semua 18 mac 2020 tanggal yg x mungkin cikda lupakan 13 mei 1976/ 18 mac 2020 perginya sahabat kami ALLAHYARHAMAH MEYANALIZA BINTI RUSLEE ALFATIHAH

A post shared by ieda Moin Official (@iedamoin79) on

Pada hari sama, insan tersayang, Mohd Amril Gulkhan Abdul Rahman, iaitu suami Ieda, meraikan ulang tahun kelahiran ke-37.

Semua ins1den ini menggerakkan hati Ieda atau nama sebenar, Siti Haida Abdul Moin untuk segera menunaikan hasrat yang lama tersimpan iaitu memakai hijab.

“Sudah lama saya menyimpan hasrat bertudung. Jika diikutkan, tahun lalu, saya mahu berhijab, namun tuntutan kerja dan komitmen diperbaharui membuatkan niat itu tertunda.

“Namun, tarikh 18 Mac lalu menggerakkan hati saya. Banyak ins1den terjadi seperti penul4ran c0v1d-19 dan pemergian arw4h Maya yang membuatkan saya tersentak,” katanya kepada BH Online.

Ieda yang mula bertudung sejak bulan lalu, mengaku sebelum membuat keputusan menyarung hijab, dia sering tidak selesa ketika memilih persalinan untuk keluar rumah.

“Serba-serbi tak selesa ketika memandang cermin. Orang tua saya pernah rasa pelik ketika saya berkunjung ke rumah mereka untuk berbuka puasa, Ramadan lalu.

“Saya tutup kepala dengan kain dengan alasan tidak mahu mandi dan membasahkan rambut.

“Namun, ketika meraikan hari jadi saya dan anak, Mei lalu, saya terus nekad untuk bertudung,” katanya.

Mengenai rezeki selepas berhijab, Ieda tidak sedikitpun risau.

“Sebelum PKP, saya ada bertanya pengurus produksi, apakah timbul masalah jika dia bertudung. Jawapan diterima tiada masalah kerana mereka percaya bakat saya,” katanya.

Ieda berkata, berkat doa ibu dan teman baiknya, Noorkhiriah, dia akhirnya bertudung.

“Saya nekad bertudung kerana sayangkan suami dan orang tua. Saya tak mahu mereka tanggung dosa diri ini jika tidak menutup aurat.

“Insya-Allah perlahan-lahan saya akan cuba istiqamah,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH