KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin mengaku perlu menjaga hati isteri, Amyra Rosli sepanjang penggambaran drama kisah poligami, Cembvru Seorang Perempuan yang dibintangi mereka.
Memegang watak ketua keluarga beristeri dua iaitu lakonan Amyra dan Emma Maembong, Amar sentiasa berbincang dengan Amyra sebelum menjayakan setiap babak.
“Seperti yang diketahui ramai, ini adalah gandingan sulung kami selepas bergelar suami isteri. Jadi, saya harus menjaga batas dan pergaulan di set penggambaran… Saya tak boleh lebih-lebih.
“Saya dan Amyra berbincang terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran. Ini bagi mengelak timbul sebarang isu pada masa hadapan.
Dalam drama itu, Emma memegang watak Emilia iaitu isteri pertama. Amyra pula menghidupkan watak Dhia sebagai isteri kedua.
Amar yang melakonkan watak Zikri, tabik dengan Amyra yang melakonkan watak Dhia yang penuh em0i dalam drama berkenaan.
AMAR BAHARIN KONGSI FOTO TARIK PERHATIAN RAMAI
SEKALI ISTERI KOMEN :
Masyaallah kesiannya kat amar
😂😂 mandi lumpur bendang 😅
Ni jatuh betul ke bang
ditengah malam jatuh sawah steady pak ayob dgn ebrahim @amarbaharin
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : IG Amar Baharin