Pengakuan seorang pemuda tentang dia adalah anak kepada per0gol yang memperk0sa ibunya pada Instagram (IG) Live di antara Caprice dan Fynn Jamal malam tadi telah mengejutkan wargamaya.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna telah berkongsi pengakuan pemuda tersebut untuk tatapan umum.
“Ibu saya adalah dir0gol waktu rum4h dipec4h m4suk, saya anak hasil tr4gedi tu. Jangan kata semua perempuan sengaja, diorang adalah m4ngsa. Saya mewakili ibu saya, per0gol yang bersalah,” tulis pengakuan terbabit.
Gempak berpeluang menemubual pemuda tersebut yang dikenali sebagai Fahmi Abdullah.
time live caprice and fynn jalam, i came across this comment 🥺😭 pic.twitter.com/7NtMFrs6H6
— puddin’ (@syznrht) June 27, 2020
Menurut Fahmi, kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi Fynn Jamal yang menyalahkan wanita, aur4t dan filter sebagai punca k3s rog0l adalah salah.
“Bukan senang mak saya hadap benda ni, bukan mudah mak saya nak lupakan kejadian itu dan bukan senang saya hidup dengan keadaan begini.
“Saya dan mak mengalami masalah kesihatan m3ntal, tapi mak saya adalah orang yang paling s3ngsara. Bukan mudah untuk lahirkan anak luar nikah sedangkan mak saya sudah berkahwin waktu itu.
“Berhenti salahkan wanita dalam segala hal. Wanita adalah perhiasan dunia, hargai wanita. Berhenti salahkan pakaian wanita, mula didik anak lelaki jaga tingkah laku, jaga sy4hwat, fikir apa perasaan kalau orang buat macam tu pada keluarga terdekat,” kata Fahmi ketika dihubungi Gempak.
Tambah Fahmi, dia merasakan inilah masa yang sesuai untuknya keluar daripada perasaan malu.
“Saya ada ibu yang penyayang, yang tak pernah buang saya walaupun saya bukan anak yang dia tunggu-tunggu,” ujarnya lagi.
Bagi Fahmi, dia mahu beri kesedaran kepada orang ramai bahawa perbuatan r0gol adalah jen4yah dan ia adalah salah per0gol.
“Macam kita tahu sekarang ramai m4ngsa-m4ngsa rog0l yang berniqab, berjubah labuh, yang menjaga aur4t. Dia dah menjaga aur4tnya tapi masih dir0gol? Kenapa? Disebabkan lelaki yang bern4fsu. Wanita jaga aur4t macam mana pun, kalau lelaki itu tak kawal n4fsunya, haiwan juga dia boleh rog0l.
“Saya mewakili ibu saya, ingin berikan kesedaran tentang rog0l adalah salah per0gol, bukan salah m4ngsa yang s3ksi atau berjubah labuh. Itu fakta,” tegasnya lagi.
Terdahulu, Fynn Jamal secara tiba-tiba trending di Twitter apabila membangkitkan 1su jen4yah rog0l.
Beberapa pendapatnya telah mencetuskan kemarahan wargamaya apabila ada yang mend4kwa ia agak mengelirukan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak