Mel3cvr tervk, Ali XPDC beransur pulih

KUALA LUMPUR: Keadaan vokalis XPDC, Ali, 52, mel3cur di muka, tangan dan kaki selepas dis4mbar api ketika memb4kar sampah semakin pulih.

Bagaimanapun, hingga kini, Ali masih terasa ped1h pada bahagian kulit yang mel3cur, namun beransur baik.

“Saya hanya bergantung dengan p1l penahan s4kit yang diberi doktor dan pengambilan uba4tan. Nak pulihkan kulit yang mel3cur memang mengambil masa. Sehingga kini, masih rasa ped1h dan gatal terutamanya di kawasan pelipat.

“Saya perlu berpantang supaya lvk4 mel3cur cepat sembuh. Setakat ini, semuanya berada dalam keadaan baik, cuma saya tidak boleh berdiri terlalu lama kerana rasa seperti dicengk4m akibat pertumbuhan kulit baru,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, gambar Ali mel3cur teruk menjadi tular selepas seorang kenalan memuat naik dalam Facebook (FB), baru-baru ini.

Menerusi perkongsian kenalannya yang dikenali sebagai Ali Russia, dia turut memohon sumbangan orang ramai meringankan beban Ali yang ditimpa musibah.

Ali berkata, dia tidak berniat menagih simpati, sebaliknya hanya mahu menjadikannya sebagai iktibar buat orang ramai.

Katanya, gambar berkenaan diambil ketika lvk4 belum pulih sepenuhnya. Bagaimanapun, dia mengizinkan gambar dimuat naik supaya dapat memberikan manfaat buat umum.

“Itu adalah gambar saya, tetapi ia ketika kejadian keb4karan pada penghujung Mac lalu. Ketika itu, saya tidak berkongsi kepada sesiapa kerana tidak mahu ia tul4r seperti hari ini.

“Apabila tul4r, ramai rakan akan menghubungi membuatkan saya tidak boleh berehat. Sekarang apabila beransur pulih, kawan minta izin muat naik dalam FB sebagai iktibar. Saya izinkan.

“Saya mahu orang ramai berhati-hati ketika memb4kar sampah atau melakukan perkara yang membabitkan api,” katanya.

Bersyukur atas keprihatinan orang ramai, Ali gembira apabila ramai kawan lama menghubunginya bertanyakan khabar.

“Ada kawan yang sudah putus hubung menghubungi saya bertanya khabar. Malah selepas kerajaan membenarkan aktiviti menziarah, ramai yang datang ke rumah menjenguk saya.

“Terima kasih yang menghulurkan sumbangan meringankan beban saya. Dengan sumbangan diberikan, saya boleh membeli ub4t-ub4tan. Tiadalah bekalan ub4tan terputus apabila ada sumbangan,” katanya.

Pada 26 Mac lalu, Ali mel3cur 30 peratus di muka, tangan dan kaki selepas memb4kar sampah menggunakan petrol di belakang rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Ekoran kejadian itu, Ali berkata, dia tidak boleh tidur dengan lena, malah berat badan susut sebanyak 20 kilogram (kg) hampir tiga bulan.

“Jika saya terjaga pada waktu malam sukar mahu tidur semula. Ada kala dapat terlelap sahaja, mungkin disebabkan terlalu keletihan. Selain itu, saya tiada selera makan.

“Dahulu berat badan melebihi 80 kg, tetapi kini 62 kg sahaja,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH