Alamak, kalau cantik macam ni boleh hilang fokus peminat hendak tengok perlawanan bola tampar. Pasti banyak mata-mata yang tertumpu kepada kejelitaan wajah gadis Kazakhstan ini.
Bermata bundar, hidung mancung, bibir mung1l, tubuh tinggi lampai dan rambut hitam pekatnya telah berjaya mencuri perhatian peminat sukan berkenaan hingga ke luar negara.
Tatyana Demyanova… atlet bola tampar yang mewakili negara Kazakhstan ini baru berusia 23 tahun. Memetik laporan media antarabangsa, Tatyana yang berketinggian 180 sentimeter mula dided4hkan dengan sukan bola tampar oleh ibunya sendiri yang juga merupakan jurulatih sukan berkenaan.
Waktu itu, dia hanya berusia sembilan tahun dan meraih pingat pertamanya ketika mencecah umur 11 tahun. Jelas terbukti gadis cantik ini berbakat dalam arena sukan berkenaan dan mewarisi kemahiran ibu tersayang. Meskipun berwajah lembut dan perwatakan anggun, Tatyana sebenarnya seorang wanita berjiwa las4k.
Sebati dengan sukan dan sukakan cabaran… dia tidak melepaskan peluang menceburi bidang seni bela diri. Selain tinju, Tatyana turut menggemari Muay Thai dan mengagumi tokoh sukan tinju terkemuka iaitu Floyd Mayweather.
Bukan calang-calang sukan tu. Hati-hati ya peminat lelaki Tatyana… silap langkah, takut anda pula yang jadi m4ngs4!
Mengintai laman Instagram Tatyana, atlet bualan ramai ini mempunyai lebih 100 ribu pengikut. Daripada posting yang dikongsikan, terserlah minat Tatyana terhadap kecantikan di samping berani bereksperimen dengan fesyen. Bersandarkan susuk tubuh montok yang dimiliki, tidak hairanlah dia sering tampil dengan gaya seksi.
Hasil kaji selidik yang dijalankan beberapa portal ternama dunia termasuk Express Sport dan Daily Star, mereka sebulat suara menyatakan Tatyana Demyanova merupakan atlet paling cantik di dunia.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Nona