KUALA LUMPUR: Atas faktor jadual penerbangan terawal dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur, bermula Jumaat ini, Raja Ilya terpaksa melupakan hasrat membintangi drama Juliet biarpun beberapa babak yang dilakonkan bersama artis lain sudah siap, Februari lalu.
Raja Ilya terpaksa berputih mata kerana syarikat produksi, Zeel Production sudah menyambung penggambaran.
Syarikat produksi tidak sanggup mengambil ris1iko menanti Raja Ilya pulang, apatah lagi kedua-dua negara masih menguatkuasakan peraturan ketat mengekang penul4ran COV1ID-19.
“Disebabkan penerbangan awal dari Perth ke Kuala Lumpur hanya bermula Jumaat ini, sedangkan penggambaran perlu disambung selepas mendapat komitmen artis lain, saya terpaksa buat keputusan.
“Maafkan saya kerana tidak dapat mengawal perkara ini. Saya juga tidak mahu menyusahkan syarikat produksi.
“Dengan berat hati saya terpaksa melepaskan komitmen berlakon dalam drama Juliet biarpun beberapa babak membabitkan saya dan artis lain yang dirakamkan di Uzbekistan, sudah siap,” katanya kepada BH Online.
Raja Ilya yang berkahwin dengan rakyat Australia, Trent Garret, kini menetap di Perth dan tidak pulang ke Malaysia sejak penul4ran COV1ID-19.
Raja Ilya berkata, awal Febuari lalu, dia, Rozita Che Wan dan Shah Iskandar menyudahkan kira-kira 20 peratus penggambaran drama Juliet di Uzbekistan.
“Sebelum ini, produksi beritahu mahu menyudahkan babak yang tidak membabitkan saya. Penggambaran sepatutnya bersambung awal Mac lalu.
“Namun, atas beberapa sebab, penggambaran ditangguhkan hingga Malaysia mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
“Saya sudah membuat persiapan awal termasuk membeli tiket penerbangan pulang ketika itu,” katanya.
Sementara itu, penerbit drama Juliet, Fadzil Teh yang juga pemilik Zeel Production berkata, dia belum memutuskan pelakon bakal menggantikan Raja Ilya memegang watak Mina, biarpun tidak menolak menawarkannya kepada Haliza Misbun.
“Babak yang dilakonkan Raja Ilya tidak akan dibuang, kita cuma tukar pelakonnya. Ini akan jadi lebih menarik kerana kita ganti pelakon lain.
“Apa yang dibuat tidak akan mencacatkan jalan cerita,” katanya yang buat kali pertama menyerahkan tugas pengarahan kepada Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Drama Juliet sebanyak 26 episod diterbitkan untuk slot Widuri di TV1 Selain Rozita dan Shah Iskandar, drama ini menampilkan Redza Rosli dan Rita Nadira sebagai teraju utama.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH