Penerbit Buku Tampil Mohon Maaf, Tiada Niat H1na Jata Negara

Penerbit buku yang menimbulkan kontr0versi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan mengh1na logo Jata Negara meminta maaf sekiranya ada pihak yang ters1nggung dengan perkara itu.

Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk mengh1na logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi 1su besar.

“Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu.

“Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputuskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul masalah.

“Tetapi tak sangka pula ia jadi isu dan menyebabkan beberapa pihak tersinggung… saya memang tiada niat untuk berbuat demikian, perkara ini bukan disengajakan,” katanya

Ton Sin berkata, beliau meminta maaf kepada mana-mana pihak yang ters1nggung dengan perkara itu dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak p0lis untuk membantu s1asatan.

“Semalam ada beberapa anggota p0lis datang ke pejabat tetapi saya tidak berada di situ kerana keluar makan tengah hari.

“Mungkin hari ini atau esok mereka akan datang semula atau akan panggil saya ke Bukit Aman (untuk dirakam percakapan). Saya sedang menunggu,” katanya.

Difahamkan, buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia itu diterbitkan awal tahun ini dan lebih 300 naskhah sudah terjual.

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu menggunakan visual mirip Jata Negara, mendapat perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana penggunaan gambar yang dikatakan mengh1na Jata Negara selepas perkara itu tersebar di media sosial.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial dan FB, lukisan mirip Jata Negara itu memaparkan seorang kanak-kanak berb0gel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah mengarahkan pihak p0lis meny1asat segera dan mengambil tindakan perlu kerana perbuatan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik.

Sementara itu, pihak p0lis memaklumkan sudah menerima 21 laporan p0lis yang dibuat pelbagai pihak berhubung buku berkenaan.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan jen4yah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya membuka satu kertas s1asatan dan kes dis1asat menurut beberapa akta termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata, beberapa individu termasuk pengarang, penerbit dan mereka yang mempunyai kaitan atau terbabit dalam penghasilan buku itu akan dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan serta membantu s1asatan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: BH Online/Rimbabara Daily