“Kalau Ada Bajet Saya Nak Bina Tangki Air & Tandas…Selagi Tak Ada Semua Tu Kami Terpaksa Turun Ke Sungai” – To’Ki dan Isteri Tinggal Dalam Pondok

Penyanyi popular 90an To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur membina sebuah pondok untuk dijadikan tempat berlindung buat dirinya dan isteri.

Sejak lebih setahun lalu, pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor menjadi tempat berteduh buat penyanyi yang pernah mengecap populariti menerusi lagu Biasan dan Seni Berzaman itu.

Tidak pernah mengeluh, jauh sekali menyes4li ketentuan takdir, To’ki, 53, yang setia ditemani isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, bersyukur kerana masih memiliki tempat berlindung.

“Saya bina pondok ni sejak tiga tahun lalu lagi sebenarnya (tetapi) duduk sini dalam setahun lebih.

“Walaupun nampak macam ini (serba kekurangan) tetapi saya damai bersama isteri,” kata To’ki berkongsi cerita mengenai fasa hidup yang sedang dilaluinya.

Namun begitu, To’ki mengakui kediaman yang diduduki itu sangat tidak sempurna dan perlu ditambah baik.

Percaya atau tidak, bekalan air harus diangkut sendiri oleh To’ki dari sungai berdekatan.

Bahkan, untuk menyelesaikan ‘hajat’ juga terpaksa ke sungai memandangkan pondok kediaman itu tidak memiliki tandas.

“Nak buat macam mana ini sahaja yang termampu,” luah To’ki dalam nada suara yang lemah. 

Sudahlah diuji dengan kehidupan serba sulit, dugaan tambah berganda buat To’ki apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami p4tah tul4ng pinggul akibat kem4lang4n yang dialaminya 10 Jun lalu.

“Paling sukar bila tiap kali nak turun atau naik sebab (tanah) curam. Kalau saya naik kerusi roda sekurang-kurangnya perlu tiga orang (untuk bantu) tolak.

“Memang sukar keadaan masa ini, namun saya dan To’ki terima nasib kami. Saya kena sesuaikan diri saya. Itu sahaja yang kami mampu,” celah Sharifah Fairuz pula.

Tambah To’ki, sekiranya ada rezeki, dia mahu mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.

“Kalau ada bajet saya nak tarik (pam) air dari sungai ke sini (kediaman) selain tangki air dan tandas, selagi tidak ada semua itu, kami terpaksa turun (ke sungai),” kata To’ki menyuarakan keinginanya.

Kata To’ki, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangannya, namun, teratak kecil ini baginya saling tidak ubah sebuah ‘syurga’ buat dia dan isteri.

Pondok kecil yang melindungi mereka berdua daripada panas dan hujan memiliki makna yang sentimental buat To’ki kerana ia adalah hasil kerja tangannya sendiri.

Bukan sekadar menjadi tempat berlindung, pondok serba daif ini juga, kata To’ki menjadi ruang mencari ilham dalam berkarya.

Sekalipun menyedari iklim industri muzik tanah air tidak begitu memberangsangkan, namun, aspirasi To’ki dalam berkarya tidak pernah pudar

Dia berikrar untuk kembali bangkit memperkasakan namanya walapun harus berhadapan dengan cabaran.

Berkarya menerusi nota-nota muzik dan bait-bait lirik satu-satunya kerja yang mampu dilakukan To’ki dan kini punca pendapatannya sangat terbatas.

“Sekarang ini pendapatan saya bergantung kepada jemputan menyanyi di restoran atau majlis-majlis kecil sahaja,” ujarnya.

Sumber/Foto: Astro Awani

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak