JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menjangkakan lebih 400,000 kelahiran berbanding kebiasaan pada tahun hadapan berikutan pasangan terpaksa duduk di rumah serta tiada akses alat cegah keh4milan, mendorong peningkatan penggvgvran dan kanak-kanak kurang nutrisi dalam kalangan keluarga m1skin.
Juarsih, 41, ibu kepada dua anak, berkata ubat cegah keh4milannya habis berikutan klinik ditutup dan hanya dikhususkan untuk pes4kit c0v1d-19 saja, malah sehingga kini bimbang untuk membuat pemeriksaan di kampung halamannya di Bandung, Pulau Jawa.
“Mula-mula saya terkejut, tetapi gembira dan bersyukur selepas itu biarpun dalam keadaan sukar ketika ini,” katanya.
Penggunaan alat cegah keh4milan menurun secara drastik sejak p4ndemik itu melanda Mac lalu, menurut Ketua Lembaga Perancang Penduduk dan Keluarga Nasional Indonesia, Hasto Wardoyo.
Pihak berkuasa kesihatan pula bimbang keadaan itu akan meningkatkan potensi penggvgvran dan kadar kem4tian ibu yang tinggi selain kanak-kanak berdepan kekurangan nutrisi berikutan tidak berkemampuan.
Justeru inisiatif kempen dilaksanakan di mana pekerja kesihatan mewar warkan kepada komuniti bahawa ini bukan masa sesuai untuk mempunyai bayi.
Minggu ini, pihak berkuasa melancarkan intensif sehari yang bertujuan mengedarkan alat cegah keh4milan kepada sejuta penduduknya, khusus wanita.
Malah, selebriti turut disenaraikan untuk membantu menyebarkan berkenaan perkara itu.
Selain itu, pemotongan belanjawan dan perubahan struktur politik di seluruh negara menjadikan usaha mendidik masyarakat mengenai perancang keluarga sukar.
“Petugas kesihatan pula sibuk menguruskan pes4kit c0v1d-19, menjadikan perkhidmatan kawalan kelahiran diketepikan dahulu,” kata Ketua Agensi Perancang Keluarga Jawa Barat, Kusmana.
Namun, bagi pasangan yang bekerja dari rumah, Arie Novarina, 38, beranggapan situasi itu memberi hikmah kepada mereka kerana dia kini sedang menantikan kelahiran anak sulung selepas dua tahun menunggu.
Sehingga kini, hampir 3,000 kem4tian dicatatkan akibat c0v1d-19 di Indonesia, tetapi penyelidik menjangkakan lebih banyak angka kem4tian yang berlaku. – AFP
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online