10 Youtuber terkaya Indonesia, pelakon Baim Wong tangga di atas

LAMAN YouTube kini menjadi antara saluran popular untuk menjana pendapatan dengan mudah.

Malah para selebriti ternama juga turut menjadikan ia sebagai salah satu platform yang bukan saja untuk mendekatkan diri dengan peminat, tetapi juga sebagai salah satu sumber pendapatan utama.

Seperti di Indonesia, memetik laporan yang diterbitkan oleh portal Indonesia, Kompas.com, telah menyenaraikan antara Youtuber terkaya di negara itu berdasarkan Social Blade.

Berikut adalah antara individu terkaya di Indonesia yang berjaya buat duit hanya melalui laman YouTube.

  1. Baim Wong (pelakon)

Jumlah pengikut: 14.4 juta

Anggaran pendapatan bulanan: AS$59,300 hingga A$949,100 (RM253,448 hingga RM4.05 juta)

  1. Raffi Ahmad (pelakon, penyanyi)

Jumlah pengikut: 16.3 juta

Anggaran pendapatan bulanan: AS$48,500 hingga AS$776,200 (RM207,289 hingga RM3.3 juta)

  1. Deddy Corbuzier (ahli silap mata, mentalist)

Jumlah pengikut: 10.1 juta

Anggaran pendapatan bulanan: AS$34,600 hingga AS$553,500 (RM147,880 hingga RM2.3 juta)

  1. Andre Taulany (pelakon, pelawak, penyanyi)

Jumlah pengikut: 3.58 juta

Anggaran pendapatan bulanan: AS$30,600 hingga AS$489,500 (RM130,784 hingga RM2 juta)

  1. Atta Halilintar (youtuber)

Jumlah pengikut: 23.8 juta

Anggaran pendapatan bulanan: AS$27,500 hingga AS$439,800 (RM117,535 hingga RM1.8 juta)

  1. Ria Ricis (youtuber)

Jumlah pengikut: 21.1 juta

Anggaran pendapatan bulanan: AS$24,800 hingga AS$396,500 (RM105,995 hingga RM1.6 juta)

  1. Gen Halilintar (keluarga berdarah Minangkabau)

Jumlah pengikut: 16.4 juta

Anggaran pendapatan bulanan: AS$22,100 hingga AS$354,000 (RM94,455 hingga RM1.5 juta)

  1. Arif Muhammad (penulis)

Jumlah pengikut: 9.95 juta

Anggaran pendapatan bulanan: AS$21,500 hingga AS$344,500 (RM91,891 hingga RM1.4 juta)

  1. Entis Sutisna dan Sule (pelakon, pelawak)

Jumlah pengikut: 4.81 juta

Anggaran pendapatan bulanan: AS$16,000 hingga AS$255,600 (RM64,384 hingga RM1 juta)

  1. Anang dan Ashanty (Ashanty)

Jumlah pengikut: 3.44 juta

Anggaran pendapatan bulanan: AS$14,900 hingga AS$238,900 (RM63,682 hingga RM1 juta)

Pendapatan yang diperoleh melalui siaran YouTube mereka sahaja boleh mencecah sehingga jutaan ringgit sebulan. Itu belum termasuk duit dari hasil lakonan dan kerja-kerja yang lain lagi.

Pergh, memang berbaloi! Korang bila lagi nak cuba jadi youtuber? Tak salah mencuba gais.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar