ANAK lelaki kepada seorang hartawan China telah membeli sebuah kereta sport Bugatti Chiron berharga AS$3.8 (RM12.8 juta) juta di Vancouver, Kanada dengan kad kredit Union Pay milik bapanya.
Menurut gambar satu invois yang dikongsi di Instagram, dia merungut tentang kadar cukai di Kanada.
Ding Chen menyiarkan satu salinan bil yang tertera nama bapanya, Chen Mailin dalam Insta Storynya dengan mesej dalam bahasa Cina yang bermaksud: “Cukai-cukai ini… buat saya rasa penat”.
Foto itu, yang dimuat naik sekitar tengah hari Khamis lalu dan hilang 24 jam kemudian telah dipadam angka-angkanya kecuali cukai.
Tetapi cukai barangan dan perkhidmatan persekutuan lima peratus sebanyak AS$157,400 (RM651,195) telah mendedahkan harga sebelum cukainya sebanyak AS$3.1 juta (RM12.8 juta) sekali gus menjadi harga anggaran sebuah Bugatti Chiron.
Angka-angka pada bil telah dipadam, kecuali cukai.
Bil itu juga termasuk bayaran sebanyak 1.7 peratus fi Union Pay.
Akaun Instagram Chen ditutup atau disembunyikan sekitar sejam selepas laporan mengenainya disiarkan.
Kad kredit China, Union Pay sentiasa dikawal ketat kerana ia menjadi saluran untuk mendapatkan wang dari China.
Ding Chen merungut mengenai kadar cukai tinggi selepas membeli kereta sport berharga RM12.8 juta.
China mempunyai had ekspord tunai tahunan sebanyak AS$50,000 (RM206,860) dan Union Pay mengatakan ia menetapkan had pengeluaran tunai tahunan di luar negara sebanyak AS$14,880 (RM61,561).
Tetapi pembelian luar negara lebih dari AS$149 (RM616) mesti dilaporkan kepada pengawal selia China dan tidak ada had ditetapkan untuk perbelanjaan, justeru tidak ada cadangan bahawa pembelian kereta itu tidak sesuai.
Bil tersebut, dari pengedar Bugatti Vancouver, Weissach Group berdasarkan nombor telefon yang dilihat, telah dikeluarkan kepada Chen Mailin, yang namanya dipaparkan dengan jelas.
Alamat rumahnya di Drummond Drive Vancouver dipadam tetapi masih boleh dibaca.
Kereta sport jenis Bugatti Chiron. -foto Los Angeles Times
Ia dibeli oleh Chen Mailin pada tahun 2015 pada harga AS$40 juta (RM165 juta) yang kemudian dipercayai sebagai transaksi kediaman terbesar yang pernah dilakukan di Kanada.
Ahli perniagaan dari wilayah Jiangsu berusia 49 tahun itu adalah bekas penternak itik yang mengasaskan sebuah bangunan pencakar langit dan konglomerat pelaburan, Nanjing Dingye Investment Group, di mana dia adalah pengerusinya.
Dia adalah bekas ahli Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina, badan penasihat undang-undang China.
Mengikut pendedahan korporat tahun lepas Chen Mailin adalah penduduk tetap Kanada. –SCMP
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Mstar