Sebilangan budak sekolah dilihat melahirkan prot3s terhadap arahan pembukaan semula sekolah bermula 15 Julai oleh kerajaan sehinggakan ada yang mengharapkan agar w4b4k c0v1d-19 kembali lagi.
Prot3s dari budak sekolah tak matang ini dikongsikan oleh netizen di media sosial semalam berikutan pengumuman Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin semalam.
Semalam Kementerian Pendidikan mengarahkan pembukaan semula semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar dengan KPM secara berperingkat bermula 15 Julai.
TARIKH PEMBUKAAN PENUH SEKOLAH pic.twitter.com/WTiInX8PhY
— KPM (@KemPendidikan) July 1, 2020
Dr Radzi berkata pembukaan sekolah boleh dibuat oleh pentadbir sekolah mengikut tiga model berbeza mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.
Tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.
Model berkenaan adalah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran. pic.twitter.com/HqkTvMhEft
— KPM (@KemPendidikan) July 1, 2020
Bagaimanapun berita pembukaan sekolah ini nyata tidak popular bagi sebilangan budak sekolah sehinggakan mereka mahukan w4b4k c0v1d-19 kembali menyerang supaya sekolah kekal ditutup.
Malah ada juga budak sekolah yang ‘cuba buat lawak’ dengan menghantar mesej kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya sekolah kekal ditutup.
Rata-rata netizen menempelak sikap sebilangan kecil pelajar sekolah ini yang dilihat bersikap kurang ajar dan hanya memikirkan keseronokan jangka masa pendek apabila sekolah ditutup.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL