Tak Sedar Sudah 5 Bulan ‘Baby’ Dalam Perut, 15 Tahun Menunggu Untuk H4mil

Setiap pasangan suami isteri sudah pasti mempunyai keinginan untuk bergelar mak ayah. Pun begitu, terdapat juga pasangan yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata.nangtime.com - Tak Sedar Sudah 5 Bulan 'Baby' Dalam Perut, 15 Tahun Menunggu Untuk h4mil

Menerusi perkongsian seorang wanita, dia terpaksa menunggu selama 15 tahun sebelum disahkan h4mil.

Wanita yang mesra disapa Puan Junaida ini juga tidak menyedari dia sebenarnya sudah berbadan dua selama lima bulan.

Menurutnya, ini kerana dia mengalami masalah h4id tidak teratur dan tidak lawas sejak sebelum kahwin lagi.

Sedar ada perubahan fizikal

Walaupun pada mulanya dia menyedari terdapat perubahan pada p4yud4ra dan perutnya, namun dia tidak mengendahkannya dan menganggap ia hanyalah pertambahan berat badan.

Tambahan lagi, dia juga menyangkakan keadaan perutnya yang sedikit keras adalah disebabkan masalah s3mbel1t yang dihadapinya.

Terkejut nampak dua garis biru

nangtime.com - Tak Sedar Sudah 5 Bulan 'Baby' Dalam Perut, 15 Tahun Menunggu Untuk h4milMenyangkakan dia mengalami masalah s3mbel1t, Puan Junaida ke farmasi bagi mendapatkan ubat. Di samping itu, dia juga turut membeli ‘pregnancy test’ seperti yang disyorkan oleh suaminya.

Puan Junaida cuba membuat ujian dan akhirnya terkejut apabila mendapati hasil ujian menunjukkan dua garis biru menandakan dia telah h4mil.

“Ya Allah terkejutnya tengok naik dua lines, 15 tahun saya test tak pernah naik dua lines ni.

“Saya masa tu memang terharu sangat tak boleh nak cakap, seharian saya men4ngis,” katanya.

Rupanya dah lima bulan ‘baby’ dalam perut

nangtime.com - Tak Sedar Sudah 5 Bulan 'Baby' Dalam Perut, 15 Tahun Menunggu Untuk h4mil

Bagi mendapatkan kepastian, Puan Junaida turut membuat pemeriksaan di klinik. Tidak disangka baginya apabila doktor memberitahunya bahawa ‘baby’ sudah di dalam perutnya dalam tempoh lima bulan.

“Pastu saya pergi klinik untuk pastikan balik, tiba-tiba doktor cakap lima bulan dah ‘baby’ di dalam perut saya,” ujarnya.

Pernah rasa ‘down’ walaupun suami dan keluarga tidak mervungut

Menceritakan pengalaman sebelum h4mil, Puan Junaida mengakui bahawa dia turut berasa ‘down’ kerana tidak dikurniakan zuriat hampir 15 tahun. Walaupun suami dan keluarganya tidak mervngut, dia juga inginkan pengalaman tersebut seperti yang dialami oleh wanita-wanita lain.

“Saya punya keluarga semua tak ada beri tekanan cuma saya ja kalau boleh nak juga seorang zuriat juga,” ujarnya.

Dia yang merupakan anak sulung hanya bermain dengan anak-anak saudaranya sebelum ini. Namun selepas ini, giliran adik beradiknya yang lain untuk bermain dengan anaknya pula. Sememangnya, disahkan h4mil setelah bertahun-tahun penantian merupakan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Rezeki daripada Allah SWT

Kurniaan yang tidak ternilai ini merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT walaupun terpaksa menanti dalam tempoh yang lama. Di samping itu, berkat usaha Puan Junaida dan suami serta dengan izin Allah SWT, pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Puan Junaida menyatakan bahawa dia turut mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor kepadanya

Antaranya ialah dengan menjaga pemakanan seperti men1ngg4lkan kafein, men1ngg4lkan makanan di dalam tin serta makanan-makanan segera.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Wow Berita