PELAKON Intan Najuwa mengakui dirinya kini berstatus solo selepas hubungan dengan kekasihnya putus sejak setahun lalu.
Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkata dia tidak menolak mana-mana individu yang ingin mengenalinya namun kini lebih selesa untuk fokus dalam bidang lakonan.
“Rasanya tak ramai yang perasan mengenai status hubungan saya sebab saya pun dah lama tak muat naik mengenai dia.
“Sejujurnya jika ditanya perancangan saya buat masa ini, memang tiada perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya kerana sekarang saya solo. Sudah hampir dua tahun juga saya single. Tak mengapalah saya anggap tiada jodoh sahaja.
Intan mahu fokus kerjaya lakonan.
“Saya tak tutup pintu hati saya. Kalau ada yang mendekati, saya okay sahaja. Mungkin ini masa terbaik saya fokus dalam bidang lakonan,” katanya kepada mStar.
Intan ditemui ketika bersama-sama menjayakan kempen Ramadan Raya Media Prima 2019 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Rabu.
Tambah Intan, pengalaman lalu menjadikannya lebih matang selain memilih untuk lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian terutama mengenai kisah cinta di laman Instagram.
“Saya rasa selepas ini saya lebih selesa merahsiakan mengenai hubungan saya.
“Tak seperti sebelum ini, saya banyak kongsi dengan peminat. Tetapi apa yang terjadi sebelum ini sebenarnya mematangkan kita.
Intan menjelaskan dia tidak pernah terbabit dengan isu jenayah.
“Punca perpisahan disebabkan benda lain. Tiada kena-mengena orang ketiga. Cuma kami sudah tidak sehaluan,” ujarnya.
Intan berkata dia juga tidak meletakkan kriteria tertentu buat sesiapa sahaja untuk mendekatinya.
“Saya tidak meletakkan apa-apa kriteria kepada mereka yang nak dekati saya.
“Cumanya saya harapkan perkara yang terjadi dalam perhubungan sebelum ini tak terjadi lagi,” katanya.
Menjelaskan mengenai kontrversi mengaitkan dirinya dengan dadah, pelakon Kekasih Paksa Rela ini berkata dia tidak pernah terbabit isu jenayah lebih-lebih lagi melibatkan dadah.
“Sebenarnya Intan bukan kena tangkap. Orang lebih suka baca tajuk berita daripada nak baca cerita sebenar.
Tak dinafikan selepas kejadian itu memang agak terkesan lebih-lebih lagi apabila ramai yang kec4m. Intan Najuwa Pelakon
“Saya terlibat sebagai saksi sahaja tiada kena mengena dengan kes jenayah. Alhamdulillah, saya masih bersih.
“Tak dinafikan selepas kejadian itu memang agak terkesan lebih-lebih lagi apabila ramai yang kecam,” katanya.
Dalam pada itu, Intan menafikan dakwaan gemar menunjuk-nunjuk kehidupan mewah dimilikinya di laman Instagram.
“Saya tak rasa pun saya jenis menunjuk-nunjuk kehidupan mewah dekat Instagram.
“Saya lebih suka jika keep it low. Sebab kehidupan saya sendiri pun sederhana sahaja. Tidak mewah.
“Setahu saya hanya berkongsi mengenai kerjaya saya sahaja,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Mstar