Menulis lagu bukanlah sesuatu yang senang, kerana perkara yang paling sukar untuk kita dapatkan adalah idea berkualiti. Ilham itu boleh datang daripada inspirasi, pengalaman, pembacaan atau kadangkala apa yang ada di sekeliling ketika itu.
Negara kita mempunyai banyak lokasi yang menarik di semua negeri – tetapi tak semua negeri mampu memberikan ilham untuk menghasilkan lagu popular.
Berikut adalah 5 lagu klasik Melayu yang mempopularkan nama-nama tempat di negara kita, sama ada secara sengaja atau tak sengaja.
1. Tropika/J1nbara – “Cinta Pantai Merdeka”
Lagu ini merupakan antara lagu yang sangat popular semasa era kegemilangan ‘rock lentok’ di negara kita. Dinyanyikan oleh kumpulan slow rock Tropika dalam album kedua mereka yang berjudul ‘Kita Bicara Lagi’ terbitan tahun 1998 – lagu ini menjadi lagu rasmi setiap anak jati negeri Kedah yang pvtus cinta.
Merupakan ciptaan seorang penulis bernama Shafie Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Pak Long, lagu ini ditulis pada tahun 1993 semasa beliau masih menyimpan cita-cita menjadi penyanyi – kemudiannya diperam ekoran menghorm4ti permintaan orang tuanya yang mahu dia menceburi bidang lain.
Pantai Merdeka merupakan satu-satunya kawasan pantai yang ada untuk dijadikan kawasan pelancongan di bahagian Semenanjung negeri Kedah, menjadi kawasan penurunan ikan serta tarikan-tarikan lain. Sama seperti yang disebut di dalam lagunya, duduk di tepi pantai Merdeka, kita akan dapat melihat keindahan Gunung Jerai yang menjadi tulang belakang negeri Kedah. Lentok abis.
2. Wings – “Taman Rashidah Utama”
Salah sebuah lagu klasik dendangan kumpulan Wings, lagu ‘Taman Rashidah Utama’ menimbulkan banyak tanda tanya kenapa judul serta liriknya digarap sedemikian rupa.
Persoalan ini terjawab selepas penciptanya sendiri iaitu saudara Bob Lokman yang kini terkenal sebagai seorang pendakwah membongkar rahsianya.
Semuanya berpunca daripada minatnya terhadap seorang gadis remaja yang berasal dari taman tersebut semasa zaman muda beliau. Selepas beberapa tahun berkenalan, Bob cuba menghantar rombongan masuk meminang ke keluarga belah perempuan di Taman Rashidah Utama, namun ditolak. Saudara Bob yang tidak mengikuti rombongan kemudiannya datang seorang diri ke taman tersebut untuk melihat gadis itu buat kali terakhir, namun gagal. Dari situlah lahir idea lagu tersebut.
Taman Rashidah Utama terletak di daerah Senawang, berdekatan dengan pasaraya Giant Senawang – menghala ke Seremban. Suasananya agak sunyi satu masa dulu kerana kawasan itu dikatakan kawasan ‘orang have-have’ tetapi pembangunan yang pesat membuka lebih ramai orang memilih untuk tinggal di situ.
3. Iklim – “Blues Tengganu Kita”
Anak jati Terengganu, gitaris kumpulan Iklim serta komposer yang berbakat, Umarul Mahdzar Embong telah berjaya sebuah lagu yang layak dikatakan antara lagu klasik masyarakat kita. Lagu ‘Blues Terengganu Kita’ kerap kali digunakan sebagai lagu rasmi memperkenalkan negeri Terengganu dari segi pelancongan.
Penggunaan loghat Terengganu yang sengaja dikekalkan turut sama membawa identiti kuat dalam lagu ini, bunyinya asli serta tidak j3ngkel mendengarnya. Kekuatan vokal allahy4rh4m Saleem menyanyikan lagu pantas ini harus dipuji kerana lagu ini benar-benar membawa dimensi baru dalam barisan lagu popular kumpulan Iklim, yang lebih terkenal dengan lagu mendayu.
‘Blues Terengganu Kita’ secara terang-terangan mempromosikan negeri Terengganu sebagai tarikan pelancongan, dengan nama tempat seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Marang, Kuala Berang, Kuala Kemaman dan Rantau Abang – serta tarikan seperti keropok, budu, belacan, batik, tembaga dan penyu berjaya diselitkan. Percayalah – negara kita perlu lebih banyak lagu seperti ini!
4. Olan – “Cinta Bandar Tasik Selatan”
Sekiranya anda lalu Bandar Tasik Selatan ketika ini, harus diakui ‘feel’ yang satu masa dulu ada sudah berubah selepas bandar kecil itu terpilih untuk menjadi lokasi Terminal Bersepadu Selatan (TBS); menyebabkan orang ramai mula berpusu-pusu membanjiri bandar ini menjadikannya ses4k setiap hari.
Walau bagaimanapun satu masa dulu Bandar Tasik Selatan yang dibuka pada tahun 1991 dan terletak di Cheras, Kuala Lumpur ini hanya merupakan sebuah pekan sunyi yang dipenuhi perumahan. Pada tahun yang sama jugalah kumpulan Olan menerusi album yang diberikan judul sama mula popular dengan lagu ini – hasil nukilan komposer Nurcahaya dan Farida.
Berjaya memasuki peringkat akhir Anugerah Juara Lagu tahun yang sama, populariti lagu ini dilihat terus berkekalan walaupun Bandar Tasik Selatan kini sudah semakin moden dan hilang seri yang memberikan ilham romantika pada kita.
5. Aizat Amdan – “Sungai Lui”
Sungai Lui merupakan sebuah sungai yang terletak di mukim Hulu Langat, dengan sebuah kampung bernama Kampung Sungai Lui menjadi kawasan terawal yang didiami penduduk asal kawasan tersebut.
Dikatakan penduduk asal Kampung Sungai Lui merupakan mereka yang datang daripada penduduk asal Kampung Kerinchi yang diarahkan berpindah. Rata-rata mereka ini berketurunan orang Sumatera, berhijrah ke kawasan tersebut sekitar awal abad ke 19.
Lagu ciptaan vokalis terkenal Aizat Amdan bersama Anas Amdan ini cuba menjelaskan betapa cantiknya keindahan kampung tersebut sebelum alam semulajadinya terjejas disebabkan arus kemodenan yang pesat.
Sesuatu yang tak enak untuk dibincangkan – pada penghujung tahun 2018, Utusan Malaysia telah pun menyiarkan sepucuk surat kiriman salah seorang penduduk Kampung tersebut yang menjelaskan kesusahan mereka dalam mendapatkan bekalan air terawat ke kawasan mereka.
Ini memaksa penduduk kampung yang sebenarnya tinggal tidak jauh pun daripada kawasan Kuala Lumpur, masih menggunakan air sungai sebagai sumber air utama keluarga.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : iluminasi