SEAKAN jelmaan seekor ul4r me1ngkar di atas pinggan! Ada yang melihat gervn, g3li malahan ada juga yang t4kut. Itulah keunikan yang dibuat oleh seorang pengusaha roti canai, apabila mencipta menu roti canai berbentuk seekor ul4r yang kini telah tul4r di laman sosial.
Menu tersebut seolah membuka ‘pintu rezeki’ berganda apabila roti canai yang unik itu kini mendapat sambutan ramai. Ya! Ul4r yang ni boleh makan gais. Tengok nampak sedap.
Che Harun Ali, 46, dari Kampung Kubvr Kuda, Kota Bharu, Kelantan berkata, idea mencipta roti canai ul4r itu timbul selepas beliau sekadar mencubanya secara suka-suka untuk dimakan sendiri, sebelum mula memperkenalkannya kepada pelanggan sejak setahun lalu.
“Pada awalnya, saya hanya mencuba sekadar suka-suka untuk dimakan sendiri, namun tidak menyangka ketika itu ia dilihat seorang pelanggan dan terus meminta untuk membuat kepadanya juga.
“Dari situ saya terdetik untuk menjadikan roti canai berbentuk ul4r ini sebagai menu pilihan pelanggan di kedai dan sehingga ke hari ini ia semakin mendapat permintaan ramai dalam kalangan pelanggan,” katanya.
Tambahan pula kini menu tersebut menular di aplikasi WhatsApp dan mendapat perkongsian ramai terutama di daerah Kota Bahru. Itu lah yang dinamakan rezeki. The power of viral!
Menurut Che Harun yang berpengalaman lebih 30 tahun berniaga roti canai, pelanggan mempunyai beberapa pilihan kerana roti yang dihasilkan mempunyai lima perisa atau inti iaitu planta dan susu pekat, milo, keju, kaya dan nestum.
Sementara harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan yang mana ia dijual dengan harga serendah RM1.50 hingga RM3 sahaja.
“Selain roti canai ul4r, pelanggan turut mempunyai pilihan lain antaranya roti hamlet, roti tisu, roti pisang dan saya akan menyediakan hampir sepuluh kilogram (kg) adunan roti canai setiap hari, untuk memenuhi permintaan pelanggan.
“Malah, tidak dinafikan ada di antara pelanggan yang merasa g3li dan gervn untuk memakan roti canai berbentuk ul4r ini, namun mereka masih tetap mempunyai pilihan lain.
“Ada juga diantara mereka yang gervn namun tetap ingin mencuba kerana merasakan ia unik dan tidak pernah jumpa di tempat lain,” katanya.
Amacam korang? Tak teringin ke nak try? Bukan senang nak jumpa tau.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar