Industri hiburan seni tanah air hari ini dikejutkan dengan berita perc3raian seorang pelakon dan pengacara kntroversi.
Sharifah Sakinah, 31, hari ini mengesahkan dia sudah berc3rai dengan suaminya, Aliff Adha pada Mei lalu dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac.
” Saya sedar banyak kekurangan pada diri dan tidak boleh menjadi isteri yang baik untuknya,” luah Sakinah.
Bagaimanapun Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, berkata, perpisahan itu berlaku secara baik dan bukan berpunca daripada orang ketiga.
” Kami berpisah secara baik pada Mei lalu. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira anak kami, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun. Ia bukan sebab orang ketiga,” katanya.
Spekulasi hubungan mereka sudah terlerai juga menjadi bualan selepas dakwaan Aliff menggunakan aplikasi mencari pasangan di Internet tersebar.
Enggan mengulas lanjut perkara itu, Sakinah sebaliknya mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu dan berkata, dia tidak berhak masuk campur urusannya.
” Berkenaan hal dia menggunakan aplikasi ‘dating’, itu haknya. Saya tak mahu masuk campur dan dia bebas buat apa dia nak.
” Biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing. Itulah yang sebaik-baiknya,” katanya.
Terdahulu, status perkahwinan mereka menjadi tanda-tanya ramai apabila Sakinah sudah tidak mengemas kini berhubung hubungan mereka di media sosial.
Sakinah dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Warganet komen jelik
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat Sakinah mendoakan pelakon itu agar terus tabah menghadapi ujian ini.
Namun, terdapat juga segelintir individu yang sengaja membuat prov0kasi dengan memberi komen yang tidak sepatutnya.
Menggunakan ID palsu, individu tersebut cuba mengec4m cara Sakinah berpakaian.
” Patut la rumahtangga runtuh..pakaian awak dengan Saj4t takde beza..tunjuk sana,tunjuk sini..sepatut dh kahwin banyak berubah..elok la suami buat keputusan macam tu..daripada masuk nera#a” tulis individu menggunakan ID, Spongebob92
Komen tersebut bagaimanapun dibalas semula oleh pengikut dan warganet lain yang mengec4m komen keterlaluan individu terbabit.
” Hati-hati dalam berkata, apa yang kita ckp tu akan kena balik dekat diri kita so beringatlah” tulis Khai
” Boleh jadi dia masuk syurga Allah tapi kita yg ke nera#a. Ibl1is dulu saat taat dgn Allah tapi akhirnya ke nera#a juga. Jgn rasa diri dah baik dan layak masuk ke syurga Allah swt” tulis Hajar
” Ko jangan samakan hidup ko dgn hidup org lain..kalau nak hidup ikut selera ko mcm mana gaya nye..kan lg bagus doakan yg baik-baik untuk dia” komen Fika
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://limauais.pw/ via TerengganuTv