KEHADIRAN pelakon Laudya Cynthia Bella dalam program BBB atau Bukan Bintang Biasa menerusi saluran YouTube Alinskie Family pada Selasa menarik perhatian netizen.
Rata-rata netizen melihat Laudya tidak seperti sebelum ini dan dia lebih banyak mendiamkan diri selepas mengumumkan perpisahannya dengan Engku Emran pada 1 Julai lalu.
“sed1h melihat Bella (Laudya), biasanya dia akan gelak ketawa. Semoga Bella bertemu dengan jodoh yang terbaik di mata Allah. Amin.
Netizen melihat Laudya banyak mendiamkan diri dalam program tersebut.
“sed1h nampak Bella tak banyak bercakap. Semoga ditemukan dengan jodoh yang lebih baik lagi,” tulis beberapa netizen.
Program yang dilakukan sempena ulang tahun perkahwinan penyanyi Melly Goeslaw dan Anto Hoed ke 25 tahun itu turut disertai pengacara Raffi Ahmad.
Menerusi laporan mStar pada 1 Julai lalu, Laudya memberitahu keputusan untuk berpisah telah dipersetujui kedua-dua belah pihak dan dilakukan secara baik.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar via TerengganuTV