Gagal jawab sam4n, ini keputusan Mahkamah keatas Amyza Aznan

PERMOHONAN pelakon Zarina Anjoulie untuk mendapatkan hak penghakiman ingkar terhadap Amyza Aznan dalam kes saman fitn4h bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM3 juta dibenarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.

Hakim Datuk Azimah Omar membenarkan permohonan Zarina Anjoulie selaku plaintif berikutan Amyza atau nama sebenarnya Azizah @ Amyza Aznan sebagai defendan gagal memfailkan memorandum kehadiran bagi menjawab sam4n itu pada tarikh yang ditetapkan.

“Sam4n yang difailkan plaintif adalah mengikut prosedur dan teratur, namun defendan telah memasukkan kehadiran untuk menjawab sam4n itu lewat,” kata hakim itu.

Mahkamah juga memerintahkan Amyza membayar kos RM2,500.

Peguam mewakili Amyza iaitu Rejinder Singh memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya akan memfailkan permohonan bagi mengetepikan penghakiman ingkar itu Isnin ini.

Zarina memfailkan sam4n fitn4h terhadap Amyza bagi menuntut ganti rugi RM3 juta.

“Kami juga memohon kepada mahkamah untuk penggantungan prosiding kes sam4n sehingga pelupusan permohonan penghakiman ingkar oleh pihak kami didengar di mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Rejinder berkata anak guamnya telah memasukkan kehadiran untuk menjawab sam4n difailkan Zarina Anjoulie pada 1 Julai lalu, setelah dimaklumkan oleh peguam plaintif.

“Defendan tidak pernah menerima apa jua writ sam4n dan penyataan tuntutan kerana ia diserahkan di alamat yang beliau (defendan) tidak tinggal.

“Anak guam saya hanya menyedari ada satu permohonan ingkar kehadiran yang dibuat oleh plaintif setelah dimaklumkan oleh rakan media lain yang memintanya untuk memberi komen mengenai perkara itu pada 25 Jun lalu,” kata peguam itu.

Sementara itu, peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Zarina Anjoulie ketika ditemui pemberita berkata plaintif akan memfailkan permohonan supaya mahkamah membuat taksiran ganti rugi berikutan keputusan hari ini.

Pada 23 April lepas, Zarina Anjoulie, 34, memfailkan sam4n terhadap Amyza dan mendakwa selepas pengumuman kerajaan berhubung Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada rakyat dalam golongan B40 dan M40 yang berpendapatan sebulan RM8,000 ke bawah, sebahagian daripada golongan artis tempatan turut menyuarakan pendapat mereka, dan menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu memberikan satu ‘bantuan khusus’ bagi mereka atau penggiat seni negara.

Mengikut penyataan tuntutan itu, Zarina Anjoulie yang juga seorang usahawan mend4kwa, beliau telah memuat naik video di laman sosial Instagramnya pada 28 Mac lepas, yang secara umum menyatakan bahawa ‘bantuan khusus’ tersebut adalah tidak perlu dan hanya golongan artis yang layak, boleh memohon BPN seperti rakyat lain.

Dakwanya, pada 29 Mac lepas satu kumpulan dikenali sebagai ‘BANTUAN c0v1d-SENI 2020’ ditubuhkan menggunakan aplikasi pesanan ringkas Telegram, bagi membincangkan mengenai bantuan COV1ID-19 kepada artis tempatan, dan kumpulan itu mempunyai sekurang-kurangnya 819 ahli terdiri daripada penggiat seni termasuk Amyza.

Plaintif mendakwa melalui kumpulan itu, Amyza, 46, telah mengeluarkan kenyataan fitn4h terhadapnya, menyebabkan ramai ahli kumpulan berkenaan turut dipengaruhi oleh fitn4h itu, selain mendakwa defendan juga telah mengeluarkan kenyataan memfitn4h di Instagram miliknya untuk paparan umum, yang dimuat naik April lepas.

Dakwanya, kenyataan fitn4h itu antara lain membawa maksud bahawa, plaintif seorang yang berper4ngai burvk, tidak bertanggungjawab dan sering menabur fitn4h terhadap artis-artis lain, dan akibat kenyataan itu, beliau mengalami kemurvngan kerana dimalvk4n dan reputasinya turut tercalar.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am atas kehilangan reputasi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah, permohonan maaf daripada defendan.

Selain itu, defendan juga dihalang daripada mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan memfitn4h, mem4lvk4n, atau menjatuhkan reputasi plaintif, pada masa akan datang, kos serta relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar