Korang ingat lagu tak lagu Teman Tapi Mesra yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Ratu yang dianggotai oleh Maia Estianty dan Mulan Jameela tu?
Kalau korang nak tahu, kumpulan Ratu ditubuhkan pada tahun 1999 dan awalnya ia dianggotai oleh Maia (ketika itu merupakan isteri Ahmad Dhani) bermain keyboard dan Pinkan Mambo sebagai vokalis. Tapi, selepas itu kumpulan tersebut berhenti seketika lepas Pinkan tinggalkan Ratu.
Tahun 2004, Ahmad Dhani tubuhkan semula kumpulan Ratu dengan mengekalkan isterinya Maia dan masukkan Mulan. Time ni barulah nama Ratu melonjak naik dengan lagu Teman Tapi Mesra dan Lelaki Buaya Darat.
Namun tak lama kemudian, pada tahun 2006, hubungan Ahmad Dhani dan Maia mula goyah apabila beberapa gambar kemesraan Mulan dan Dhani mula tersebar.
Pada 23 September 2018, Maia Estianty dan Ahmad Dhani akhirnya disahkan bercer4i. Tak tunggu lama, setahun kemudian Ahmad Dhani dikhabarkan berkahwin dengan Mulan.
Pernikahan Mulan dan Ahmad Dhani menjadi salah satu kontr0versi selebriti terbesar selepas Mulan dituduh tik4m belakang kerana meramp4s suami Maia manakala Dhani ditudvh tak dapat tahan god4an kecantikan Mulan.
Pernikahan pasangan ini juga tak diterima oleh peminat-peminatnya dan Mulan sering dikaitkan dengan panggilan “peramp4s suami orang”.
Pun begitu, hingga ke hari ini perkahwinan Mulan dan Ahmad Dhani tetap utuh selepas 10 tahun dan tak peduli dengan tanggapan orang terhadap mereka.
Tapi korang mesti tertanya-tanya, macam mana Mulan Jameela boleh terpikat dengan Ahmad Dhani yang diketahui merupakan suami rakan duetnya.
Menurut Sosok, Mulan Jameela pernah membuat temubual dengan satu majalah mengatakan yang dia sebenarnya tak ada niat langsung nak runtuhkan rumah tangga orang, lagi-lagi jatuh cinta dengan Dhani.
Saya tak ada niat nak ramp4s dia. Ketika tu saya pilih untuk tak berurusan dengan Dhani.”
Tapi, lepas dia tengok Ahmad Dhani gigih memperjuangkan cintanya, Mulan akhirnya cair. Lebih-lebih lagi lepas dia lihat Dhani menangis dua kali di depannya ketika mengungkap rasa cinta.
Tapi Mas Dhaninya nangis. Dua kali Mas Dhani menangis.”
Menurut Dhani pula dalam satu temubual dia mengatakan dia susah nak cari alasan yang kukuh kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Mulan, kerana “cinta itu kadang-kadang tak ada logika”.
Kalau nak dibandingkan fizikal dan paras rupa pula, Ahmad Dhani mengatakan yang Maia mempunyai karakter yang kuat macam lelaki manakala Mulan pula lemah lembut.
“Dengan Maia saya macam kahwin dengan wanita seperti lelaki. Mulan pula berlawanan dengan Maia. Dia sangat lemah.”
Jadi, sebagai lelaki yang kuat, saya tak sanggup tengok orang yang lemah.”
Oh, macamtu rupanya Mulan boleh jatuh cinta dekat Ahmad Dhani… Kekuatan air mata jantan. Huhuhu
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Lobak Merah via TerengganuTv