Guru Penolong Kanan Kokurikulum, subjek Pendidikan Moral SK Simpai, Pekan Pahang, Cikgu Mohamad Sahaimi Zainal berkongsi kisah duk4, pernah gagal SPM dan dih1na kerana kem1sk1nan. Namun beliau bangkit dari keg4g4lan, berkat doa arw4h ibu dan ayah, serta guru… kini Cikgu Mie bergelar guru berjaya.
Ikuti coretan beliau…
ITULAH AKU..
Cerita malam ni panjang sikit, itulah aku, semoga boleh menjadi sesuatu pengajaran buat kita bersama..
Dari kecil aku sentiasa ikut ayahku bekerja, berkebun, tukang rumah itu memang kemahiran ayahku. sambil main kayu dan pasir aku tolong la sikit-sikit, kotor-kotor tu biasa la kanak-kanakkan. Tapi itu la antara perkara yang sesetengah orang tak suka bagi anak-anak diaorang kawan dengan aku dan bila bertemu dengan golongan-golongan berada ni biasa la aku dengar mereka mengata ibu dan ayahku sebab kami tak sama taraf, aku juga selalu dibanding-bandingkan dengan anak-anaknya yang bergaya, cerdik tak macam aku kotor b0doh..
Teringat aku masa tu aku pernah pergi ke rumah dia masa ada nak buat majlis. Aku masuk dalam rumah nak main lori mainan, tapi dia tak benarkan anaknya bermain denganku, kemudian dia mengambil mop lantai dan mop kawasan tempat aku lalu..
Aku turun dari rumahnya dan bagi tau pada ayahku, aku main lori mainan, ayahku berkata nanti balik Bah buat lori mainan.. Ayah adalah hero aku, balik ayah buat dengan lori gunakan kayu dapat la aku main.. sukanya aku masa tu..
Bila ayah pergi men0reh getah aku ikut, kebun getah ayahku jauh dr rumah puas la nak sampai kena lintas sungai dalam hutan, kena lalu titi paya baru la sampai.. masa ayah men0reh kerja aku kutip getah sekerap, yang paling aku takut bila kena tinggal sorang-sorang dalam hutan tu sementara ayah pergi menghantar getah sekerap ke tempat yang boleh diambil oleh pembeli, beruang sama sibuk berbunyi kat tepi sungai.. macam-macam bunyi la dalam hutan tu, masa tu kalo ada apa-apa aku cuma boleh guna par4ng jela yang ayah tinggalkan sebagai senj4ta..
Mak di rumah sentiasa menanti dengan penuh keris4un, mak kerja b4kar kuih rok0k(kuih gulung, kuih kapit) guna batang getah dan leban yang kami cari di belvk4r, sampai rumah aku belah la kayu tu utk dijadikan kayu api, kuih mak memang sedap.. Rindu arw4h mak…
Balik sekolah rendah ubai aku pergi kerja kadang-kadang ambil upah kupas kelapa boleh la dpt 1 biji 4 sen masa tu, sepetang dapat la 100 biji boleh la buat belanja sekolah.
Kalau masa orang bagi upah pikul tiang pagar kayu tembesu dalam belvk4r nak hantar ketepi jalan untuk buat pagar kebun, ratus meter gakla jauhnya, kalau yang besar tu tak larat pikul, aku ikat dengan rotan ikat pada pinggang tarik, macam kerbau tarik balak zaman dulu la hehe.. yang ni mahal skit upah dia 10 sen sebatang hehe kaya-kaya…
Bila keluar keputusan peperiksaan UPSR aku tak dapat sesuatu yang membanggakan ibu dan ayah, aku sed1h gak tapi bila dengar cakap-cakap orang aku budak takde masa depan..
Ayahku heroku, takpa nanti belajar rajin-rajin masa sekolah menengah kata ayahku. tapi ayah aku tetap suruh aku mencari ilmu yang tak kira apa pun janji bermanafaat..
Sampai aku sekolah menengah pun aku masih kerja sambil belajar macam orang sekarang la kerja sambil belajar.. masa aku sekolah tingkatan 1 aku belajar sesi petang, balik sekolah pukul 6 petang, malam je la dapat aku belajar sikit-sikit sebab pukul 12 malam aku kerja angkat sayur kat pasar borong kuantan dan pukul 6 pagi sampai ke pasar pekan, habis kerja pukul 8.30 pagi baru aku balik rumah rehatkan badan dan pukul 12 tgh hari aku dah ke sekolah..
Macam-macam la kerja aku masa di Sekolah Menengah Dato Mahmud Mat tu.. kerja di kedai makan, kerja kebun, kerja angkat baja, jadi kelindan lori, dan macam lagi lah banyak sangat hehe.
Sampai aku tingkatan 5 aku gagal SPM, Aku sed1h sangat sekali lagi aku tak dapat banggakan ibu dan ayahku dalam pelajaran, maka macam biasa la aku jadi h1n4an jela, tengok tak macam anak-anak kita cerdik, sebab tu jangan rapat dengan dia nanti engkau pun takdok masa depan.
Macam-macam dia kata kepada anak-anak masing-masing yang sampai ke hari ini sentiasa bermain di telingaku.. Ayah dan ibu aku berkata tak apa tak ada rezeki Insha Allah ada la rezeki lain nanti..
Selepas itu aku berjumpa dengan cikgu aku, dia nasihat aku supaya mengulang semula tingkatan 5 dan ambil SPM sekali lagi, katanya dia tau aku boleh itulah cikgu sentiasa berusaha untuk masa depan anak-anak murid, ia bukan sekadar mengajar tapi mendidik. Akhirnya aku bersetuju mengulang semula, ayah dan ibu serta keluarga bersetuju aku mengulang semula..
Gelak tawa la dan hinaan berbakul-bakul aku hadapi sebab mengulang semula SPM. Aku terus berusaha belajar sambil bekerja macam gitu gak la sehingga keluar keputusan SPM.,
Pagi itu aku ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM, dalam kepala tu dok mikir nasib aku mau bed4rah telinga kena h1na..
Aku turun dari bas di depan pagar sekolah cikgu aku menanti dan memelvk aku sambil menitiskan air mata, tahniah Mie, Aku dibawa mengambil keputusan peperiksaan. Mengalir air mata aku bila apa yang aku target tercapai walaupun tak sehebat mana..
Di suatu pagi Ibu dan ayah mengetuk pintu bilik air masa tu aku baru sudah mandi, berdiri dua susuk tubuh memelvk aku sambil men4ngis sambil di mulutnya tak berhenti mengucapkan Alhamdulillah tanda kesyukuran..
Hai anak awok dapat masuk maktab perguruan kata ibu dan ayahku..
Mana tau? Tanya aku…
Ni surat.. Lan posmen bacakan tadi pada mak dan bah..
Air mataku mengalir sebab kali pertama aku dapat tengok kegembiraan mak dan ayah aku seperti itu..
Pertama kali aku menggenggam segulung Diploma Perguruan yang disaksikan oleh ayah dan ibuku, dan ayahku tetap berpesan tuntutla ilmu yang bermanafaat pada diri dan sampaikan kepada orang lain agar mereka mendapat manafaat..
Tanggal 17 januari 2000 aku bergelar guru dan gaji pertama aku, aku berikan buat ayah dan ibuku.. sehinggalah aku menggenggam segulung ijazah..
Kini Ibu dan Ayahku telah pergi selamanya, Aku hanya mampu berdoa semoga Allah menempatkan arw4h ibu dan ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. aamiin..
Dan segala ilmu yang disampaikan pada aku aku gunakan dalam kerja buat aku, aku nak sedekahkan pahalanya buat arw4h ayah dan ibu, aku dah tak dapat berikan duit belanja lagi buatnya, hanya amal dan kerja buat aku sahalah untuk aku bermohon pada Allah agar pahalanya sampai berterusan buat mereka..
Dengan rezeki yang aku dapat, itulah yang aku guna untuk bantu orang-orang yang hina aku dulu… Aku sedikit tak berdend4m aku anggap semuanya sebagai cabaran dan dugaan untuk aku terus berjaya..
Terima kasih buat isteri dan anak-anak aku, juga buat adik beradik aku, guru-guruku, sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan aku.. Semoga Allah memberikan sebaik-baik balasan di dunia dan akh1rat atas jasa-jasanya padaku.. aamiin..
Hidup ini penuh cabaran dan dugaan, Ingatlah Allah sebaik-baik perancang dan dialah yang memberi rezeki, kita hanya perlu berusaha mencari redhonya kerana di situ ada nikmat yang tidak mampu untuk di ucapkan dengan kata-kata..
Aku hanya berkongsi sedikit kisah semoga memberikan manafaat pada diri dan semua. Sedikit perjalanan hidup aku untuk perkongsian.
Buat ibu bapa sokongla anak-anak untuk terus berjaya dalam hidup, walau siapapun mereka, walau apa kerjaya mereka, walau apapun taraf pendidikan mereka, kerana berjaya dalam hidup itulah bahagia yang membawa ke syurga..
Buat guru-guru didiklah anak didik kita dengan kasih sayang, terkadang mereka mampu untuk mencapai sesuatu dengan perhatian dan ambil berat guru, dan keg4g4lan mereka terkadang bukanlah kerana mereka hendakkan keg4gal4n tetapi ada sesuatu yang perlu kita ambil tahu..
Buat anak-anak horm4tilah dan sayangilah ibu-bapa keluarga dan guru kerana di situ letaknya syurga, berkat dalam kehidupan ini, tanpa mereka siapalah kita, redho mereka maka redho Allah akan hadir bersama, itulah membawa kejayaan dalam perjalanan hidup kita di dunia dan akh1rat.
Buat masyarakat, jangan la kita sentiasa mengh1na, adalah lebih baik bersama membantu untuk membina bagi melihat kejayaan anak bangsa walau siapapun mereka, walau apapun kerjaya mereka, walau apa pun taraf pendidikan mereka. Insha Allah akan lahir insan yang seimbang dunia dan akh1rat.
Sesungguhnya Allah itu ada, Dia lah yang berkuasa atas segalanya, kita hanya hamba yang tiada apa-apa melainkan hanya meminjam segala dari-Nya..
-Tuntutlah ilmu yang bermanafaat dan sampaikan agar
memberikan manafaat pada orang lain.
-Hanya jiwa yang kental mampu menyerap tekanan.
-Aku hanya si pendayung burvk, biar burvk asal berguna,
perahu tak hanyut haluan tak lari.. Insha Allah akan sampai jua..
mohon maaf aku hanya sekadar berkongsi cerita yang tidak seberapa.. sampai masa aku kan pergi jua menghadap yang Esa untuk selama-lamanya..
Artikel menarik lain:
Kisah guru prasekolah sekolah orang asli, Cikgu Mie pernah jatuh tersungkur depan penemuduga
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar