KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak dapat membentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di Parlimen berikutan situasi terdes4k akibat penul4ran c0v1d-19.
Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan, pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan bagi memastikan nasib dan hak rakyat dilindungi.
Sehubungan itu, katanya, tindakan segera harus diambil supaya bukan sahaja rakyat malah sektor lain juga terbela.
“Permasalahan besar yang kita hadapi adalah soal menguruskan dan menangani c0v1d-19. Seluruh negara bukan sahaja Malaysia, umum atau rakyat tahu dalam situasi sukar dan sulit.
“Justeru, kerajaan tidak ada pilihan, malah saya berpendapat tindakan segera mesti diambil sebelum Parlimen mula bersidang. Kalau belum bentang, Insya-Allah Menteri Kewangan akan dibentang dalam sesi secara terperinci. Berpuluh insentif.
“Kita tak boleh tunggu sesi Parlimen sebab institusi runtuh sekarang dan perniagaan runtuh sekarang. Tugas kerajaan adalah memastikan rakyat mesti dibela,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH PKR – Port Dickson) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengakui ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab membangkitkan soal perbelanjaan negara, beliau berkata, tugas kerajaan adalah bagi membela rakyat yang dalam kesusahan.
“Ada berpuluh-puluh inisiatif yang kita perlu laksanakan kerana di luar sana rakyat menunggu. Mereka tidak boleh menunggu sesi Parlimen ini, mereka nak bantuan disampaikan sekarang.
“Mereka menghadapi kesukaran sekarang, industri dah runtuh, perniagaan tidak boleh dilaksana kalau nak tunggu hari ini (sesi Parlimen),” katanya.
Muhyiddin berkata, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, akan membentangkan perincian perkara itu pada sesi persidangan ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil maklum mengenai undang-undang dan peraturan dalam perbelanjaan supaya tidak melebihi paras siling.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH