KUALA LUMPUR: Sekali lagi, foto dirinya dijadikan bahan jenaka dan ekspl0itasi individu tidak bertanggungjawab. Berulang kali, penyanyi, Daiyan Trisha, 26, menjadi m4ngs4 perlakuan tidak senon0h yang mencem4r reputasi.
Siapa sangka, sekadar suka-suka memuat naik foto memaparkan aksi menjelir lidah di laman sosial, Daiyan atau nama penuhnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, dieksploitasi hingga mengundang reaksi netizen.
“Saya perempuan dan menjadi m4ngs4. Saya lihat, pada laman web yang menyiarkan foto saya itu, m4ngs4nya ramai perempuan.
“Mereka yang bercakap mengenai soal ini juga wanita. Saya hairan, kenapa perempuan sahaja yang memandang serius soal ini?
“Sedangkan ini bukan masalah wanita… Ini isu sosial. Wanita yang menutup aur4t dan mereka yang bukan artis juga menjadi m4ngs4.
“Selagi lelaki tidak mengubah buah fikiran mereka dan tidak mengubah sikap untuk menghorm4ti wanita, perkara ini tetap terjadi,” katanya kepada BH Online.
Tambah Daiyan, lelaki zaman sekarang perlu mengubah cara pemikiran dan berhenti melayan wanita umpama objek.
Penyanyi lagu Langit ini menegaskan, pendidikan dari kecil sangat penting bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi m4ngs4 perlakuan lelaki.
“Semuanya berbalik kepada didikan sejak kecil. Seseorang lelaki perlu dididik untuk menghorm4ti wanita, tanpa didikan yang baik, kita boleh lihat anak muda sekarang bebas mengeluarkan kata-kata tidak bermoral terhadap wanita,” katanya.
Tambah Daiyan, isu penganiayaan terhadap wanita perlu diangkat lebih serius dan diperjuangkan lelaki terutama selebriti popular yang mampu mempengaruhi pengikut agar untuk menghorm4ti kaum Hawa.
“Saya sering lihat perkara ini diperkatakan dan dibangkitkan wanita, sedangkan isu ini berpunca daripada lelaki. Kita juga yang memperjuangkan hak wanita bertahun-tahun, tapi adakah kita lihat lelaki memperjuangkan hak itu?
“Bagi saya, sepatutnya ada ‘influencer’ atau selebriti lelaki yang tampil menyuarakan soal ini, bukan sahaja perempuan.
“Sampai bila perempuan perlu takut untuk memuat naik gambar?” katanya yang akan membintangi filem, Oktober depan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH