SHAH ALAM – Dokumentari bertajuk ‘East 101: Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang disiarkan Al Jazeera mengelirukan serta tidak adil terhadap usaha Malaysia mengawal penul4ran c0v1d-19 membabitkan warga asing.
Dokumentari yang menjadi bualan hangat dan kec4man daripada rakyat tempatan itu turut dibid4s YouTuber Dustin Pfundheller yang mended4hkan 15 kesilapan media antarabangsa itu.
Menerusi akaun Facebook Other Side of The Truth, Dustin, memberitahu, Al Jazeera telah membuat laporan berat sebelah dan mengec3wakan.
“Banyak perkara yang memberi kesan kepada Malaysia sehingga berjaya memerangi c0v1d-19 namun digambarkan salah oleh Al Jazeera.
“Juga, beritahu saya jika ada saya terlepas pandang. Adakah anda setuju 15 perkara ini? Satu perkara baik mengenai video Al Jazeera, ia mengajak kita berbincang dengan baik (kecuali menyekat komen),” tulisnya.
Melalui video durasi 12 minit itu, antara yang menjadi tumpuan Dustin ialah mengkritik tindakan Al Jazeera menutup ruangan komen mereka untuk laporan tersebut yang sekali gus tidak memberikan peluang kepada rakyat Malaysia dan netizen untuk menegakkan keadilan.
Dustin berkata, membuat rakaman dan mengambil gambar di kawasan keselamatan anggota p0lis dan tentera ialah satu kesilapan yang dikesan.
Bukan itu sahaja, Dustin memberitahu, media antarabangsa itu juga memberi tanggapan salah terhadap perkauman di Malaysia serta mengadu kononnya menteri tidak memberi respons untuk ditemubual.
YouTuber dari Amerika Syarikat itu juga berkata, laporan Al Jazeera juga tidak telus dan mengelirukan kenyataan pekerja asing dengan pendatang tanpa izin (PATI) malah tidak memahami bagaimana kaedah menangani c0v1d-19.
Selain itu, video yang ditonton lebih 600,000 tontonan juga berkongsi kesilapan kononnya pekerja asing dig4ri dan dibiarkan di bawah cuaca panas malah laporan mereka menunjukkan sisi tidak baik terhadap negara.
Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih 3,000 komen dari netizen yang juga memihak kepada pandangan Dustin.
Kata Sazzrina Sidek, “Terima kasih kerana menggunakan pengaruh anda menyatakan kebenaran mengenai Malaysia terhadap Al Jazeera yang melakukan kesal4han dalam laporan tersebut”.
Ujar Wan Hafieyza, “Terima kasih untuk video ini. Kami rakyat Malaysia sangat menghargainya. Kami sangat kes4l apabila pendatang tanpa izin membuang air kenc1ng di hadapan frontlines… sungguh sed1h bila fikirkannya”.
Tambah Amir pula, dia sed1h apabila melihat bagaimana media asing mengelirukan kenyataan dan menvduh negara tanpa fakta.
“Sangat setuju dengan anda dan terima kasih atas penjelasannya,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar